Pages

Friday, November 11, 2011

kisah suatu pagi

bismillah.

 Quran dibaca diperhati dengan teliti. suasana hingar-bingar tak melunturkan semangatnya untuk terus mengalunkan kalimah ilahi. biar tenang di hati. Jangan bazirkan masa yang ada dengan aktiviti yang tidak memberi erti,tekadnya.

 seusai membaca mukasurat terakhir,bacaan dihentikan. quran ditutup diletak kemas di atas meja.
 "kak **** buat apa cuti?' soal temannya disebelah.mungkin menunggu-nunggu saat dia berhenti mengaji.
 "banyak benda" jawapan ringkas sambil tersenyum simpul. banyak? ya. banyak sampai tak sempat rasa betul-betul cuti,fikirnya. Masa remaja itu emas. harus diisi sebaiknya. jika dibiarkan kosong, maka sudah ada 'yang ketiga' ingin mengisinya. pesan IHAB - 'masa mudamu pendek,kamu harus menjadi lebih baik daripada kami'
 'kongsi la dengan kami' pintanya semangat dengan 'loghat utagha'.
 'awak la kongsi dulu dengan akak..awak buat apa?'
 'kita buat itu...pergi sini...datang sana...'panjang lebar ceritanya. sedang dia sibuk bercerita tentang kisahnya, datang seorang anak gadis remaja. baya-baya mereka juga. tidak berfikir panjang,terus mengambil tempat disebelahnya. quran di atas meja tadi dibelek-belek. ditenung gambar yang ada terselit di situ buat beberapa ketika. tak lama kemudian,muka surat diselak-selak.
 'akak kita pinjam ye?' soalnya lembut. 'dia' menganggukkan kepala sambil senyum bahagia. gembira melihat ada insan lain yang ingin mengambil manfaat dari quran itu.
 tiba-tiba dia terdiam. tidak membaca walau satu huruf daripada isi tadi. 'dia' masih terus memerhati.
 'akak,boleh tak ajar saya mengaji?' dengan serba salah dia menuturkan. 'dia' sedikit terkejut. oh, rupa-rupanya dia nak minta tolong aku....

 'mestilah boleh!' senyum ditarik semakin lebar. hadith nabi - 'khairukum man ta'allamal quran, wa 'allamahu' (sebaik-baik kamu adalah siapa yang mempelajari alquran dan mengajarkannya'

 kawannya lantas memulakan bacaan dari surah al-qalam. katanya,al-mulk sudah habis dia baca haritu. dia sudah mampu mengenal huruf. cuma panjang-pendek,dengung dan harakat sahaja yang perlu diperbetulkan. walaupun kadangkala bacaannya silap,hurufnya salah,dia masih bersemangat menghabiskan bacaan satu surah sederhana panjang itu. walaupun sesekali kawan sekelas lain datang menjengah melihat kelakuannya,sedikit pun dia tidak berkecil hati apatahlagi malu untuk membaca al-quran. satu sikap yang harus dipuji.

 'akak,dulu kita belajar alif, baris atas, aaa
 alif baris bawah,eeeee
 alif baris depan,uuuu' dia menjelaskan. 'dia' mengangguk. masih tersenyum. kagum dengan keberanian kawannya.
 'tapi akak,kita sempat belajar sampai ta je..eh,silap...tsa je...'
 'lepas tuh'
 'lepas tuh kita berhenti sebab tak ada siapa nak ajar kita'
 'ooo,,ok,xpe la. jom belajar dengan akak' cadang 'dia'.
 'ye ke? nak..nak!' sejurus itu dia mengeluarkan pennya dan menulis setiap huruf jawi itu. di bariskan dan diterjemahkan bunyinya ke dalam bahasa melayu. comel!

 sesekali dia mengaduh penat kerana huruf sebanyak 28 huruf itu bukan mudah nak menghabiskannya. lagilah pula ditambah dengan 'terjemahan' bahasa melayu,pasti lebih sukar. pun begitu 'dia' lebih suka membiarkan kawannya itu belajar seperti mana yang dia mahu. orang tengah semangat,jangah ditegah.

 'akak,nanti nak belajar dengan akak lagi boleh?'
 'inshaAllah,ok je...ehehe'
 dengan riak penuh gembira dan puas hati dia mengemas alatannya.
 'bila awak start belajar mengaji?'soalan itu ditutur berhati-hati.
 ' tahun lepas,time nak periksa al-quran. lepas tuh ada belajar time summer tapi tak habis...tuh pun ada seorang kakak dirasat nih ajar kita...ayah kita suruh kita belajar'
 ayatnya yang terakhir mengejutkan. oh,ayah suruh belajar...dan,sekarang? mengapa tidak dulu? soalan itu dibiar berlegar2 didalam hati.

kisah tadi telah pun di edit semula dan dibuang conversation-conversation yang tidak perlu itu.

pengajaran dari kisah ini:
1. sungguh sebak di dada melihat kawan sekelas masih belum mampu membaca al-quran dengan lancar. siapa ingin mengajar dia? soalan itu masih berputar di dalam kepala.
2. ibubapa yang baru sahaja menyuruh anaknya belajar mengaji di universiti. mengharapkan dengan menghantar anak ke uni yang berlatarbelakangkan agama mampu mengubah dan mendidik anaknya. tidaklah saya menyalahkan mereka 100%,ya, kefahaman tentang addeen ini belum semua yang telah menjumpainya.




3. saya dah terlupa cara mengolah cerita dengan baik. atau mungkin lebih elok saya mengarang di atas kertas di lainkalinya.

wallahu a'lam.

Tuesday, November 1, 2011

bakal menjejak semula

bismillah.
post terbaru bakal dibuat. doakan!

Sunday, September 11, 2011

kedewasaan harus bertambah

bismillah.

lama sudah rasanya saya tidak buat post baru. sibuk barangkali? tidak,kegagalan saya untuk mengurus masa itu merupakan punca utama. betullah kata orang. masa yang panjang itu kena beringat,sebelum tiba waktu sempit yang semput. juga kegagalan kedua berpunca daripada diri sendiri yang meletakkan 'qualification' yang tinggi sebelum menulis. ah,saya tersedak sendiri.

meneliti semula masa-masa yang berlalu dalam hidup ini mengajar saya erti bijak menggunakan masa 'semula'. saya pernah belajar menguruskan masa sebelum ini,lama dahulu. zaman-zaman kaki tak cukup tanah nak pijak,kata hlovate. belajar je,berjaya belum tentu. namun,praktikalnya sudah saya lupakan barangkali. mungkin juga saya telah membalas dendam atas masa-masa yang dulunya sedikit untuk saya peruntukkan buat diri sendiri.  ataupun sebenarnya saya je syok sendiri.


bagi saya hidup yang sibuk itu nikmat. buat kerja sambil muka berkerut-kerut itu nikmat. kerana masa kosong itu jauh lebih bahaya dari masa yang pack.ramai yang saya rasa bersetuju.

benarlah sabda nabi, yang sekarang ini 'menampar' pipi saya:

'dua nikmat yang sering manusia lupakan,waktu lapang dan waktu sihat'

sebelum ini saya diuji dengan sakit yang kerap,ujian juga. namun saya redha,pasti banyak hikmahnya di situ. di situ sebenarnya telah banyak yang saya 'korban'kan. sekarang ini saya diberi nikmat dengan waktu yang sempit pula. bukan apa,saya sendiri gagal mengoptimumkan masa. sekarang bila semua hak harus ditunaikan,batang hidung sendirilah yang saya cucuk. kepala sendirilah yang saya tujah. heh,saya senyum sendiri.

bila masa berlalu,kedewasaan tak semestinya bertambah. ada juga orang yang umurnya meningkat kepada dua angka,bermula dengan angka dua, masih berperangai seperti budak darjah tiga. apa sebenarnya yang mematangkan kita? pada saya yang mematangkan kita adalah ujian dan kesusahan itu sendiri. dengan mendapat suatu tekanan,kita belajar menghadapi dan meneyelesaikannya. jadi tidak boleh tidak,kalau mahu menjadi dewasa,belajar hadapi tekanan dan selesaikannya sebaik mungkin.barulah jadi dewasa,kata saya.


kedewasaan harus bertambah seiring dengan tanggungjawab yang semakin memberat.
moga Allah bantu.

Thursday, August 11, 2011

Bila orang fakir bersedeqah..

bismillah.

sedeqah yang pali utama adalah dibulan ramadhan-hadith

pernah melihat orang fakir yang bersedeqah?
apa takrifan fakir sebenarnya? sesetengah orang pasti melontarkan soalan sedemikian.


Fakir adalah orang yang penghasilannya tidak dapat memenuhi kebutuhan pokok (primer) sesuai dengan kebiasaan masyarakat tertentu. Fakir adalah orang yang tidak memiliki harta dan penghasilan yang halal dalam pandangan jumhur ulama fikih, atau yang mempunyai harta yang kurang dari nisab zakat menurut pendapat mazhab Hanafi. Kondisinya lebih buruk daripada orang miskin.


nah,pernah lihat?
kalau orang mendengar soalan nih sesetengahnya mungkin berkerut-kerut. -bagaimana mahu bersedeqah,keperluan sendiri pun tak cukup?- ini jawapan biasa


yang celik sejarah akan mengatakan - oh,pernah je berlaku dalam sejarah,peribadi-peribadi sahabat yang unggul pernah melukis sejarah yang sedemikian. harta keperluan sendiri tidak mencukupi,tapi masih memberi kepada orang lain,tidak lain hanyalah kerana sifat itsar yang tinggi-


"But those who before them had homes in Medina and had adopted the faith, show their affection to such as came to them for refuge and entertain no desire in their hearts for things given to the latter but give them preference over themselves even though poverty was their own lot. And those saved from the covetousness of their own souls, they are the ones that achieve prosperity"-surah al-hasyr-9


secara umumnya kita akan mengatakan,ya,mungkin wujud keadaan dimana orang fakir juga akan bersedeqah,tetapi jarang. jika ada pun,mereka hanya akan bersedeqah ataupun memberi dalam kadar yang kecil,mengikut kemampuan mereka.


bagaimana pula dengan orang yang fakir 'ilmu?


pepatah pernah menyebut:
'orang yang tidak mempunyai apa-apa,tidak akan mampu memberi apa-apa'


daie yang sentiasa berpuas hati dengan ilmu yang ada,tidak berusaha menambahkan tsaqafah (pengetahuan) dalam pelbagai bidang cth: isu semasa,isu dunia,sejarah,teknologi,fikrah dll tidak akan mampu mengupas sesuatu isu dengan baik. perkara yang sama akan diulang-ulang.kupasan-kupasan tidak akan menjadi menarik. sesuatu perkara akan dikupas dalam skop yang kecil. manusia akan melihat dia jumud dan hidup dalam dunianya sendiri. 


kita pasti akan kagum dengan orang yang tahu banyak benda.dia boleh bercakap dari sudut siyasah(politik),dari sudut fikrah,teknologi,isu semasa,sukan,ekonomi dan semua itu akhirnya akan dikaitkan dengan bagaimana kita para duat abad ke 21 harus berhadapan dengannya!


akhir-akhir ini penulis memang terkesan dengan quotes ini:
'orang yg tidak punya apa-apa,tidak akan mampu memberi apa-apa'


orang yang tidak mempunyai ilmu tentang 'sesuatu' takkan mampu menyampaikan kepada orang lain tentang ilmu itu.
orang yang ruhnya sudah layu dalam diri takkan mampu menyegarkan ruh-ruh yang lain.
orang yang ilmu penanya tidak tajam,tak mampu menggugah hati-hati yang membacanya.
orang yang tidak duduk bersama manusia tidak akan mampu menguasai skil-skil berhadapan dengan mereka.
orang yang hanya duduk dalam kelompok sendiri,tempurung sendiri hanya akan nampak wajah sekeliling yang gelap,kemudian bercakap sesuka hati tentang dunia luar! 


benar,duniawi ini benar-benar perlukan ilmu untuk bercakap tentangnya..


p/s:pesanan buat diri sendiri.supaya rajin-rajinkan diri untuk lebih banyak membaca~





Tuesday, July 26, 2011

belajar dari mat jenin

bismillah.

Teringat dulu kisah Mat jenin yang selalu diceritakan kepada penulis ketika penulis masih bersekolah rendah.


siapa tak kenal Mat jenin? itu watak utama cerita melayu. hinggakan ada filem melayu bertajuk 'mat jenin'. Mat jenin itu siapa? macam pak pandir ke? macam cerita pak lebai ke? mungkin ada yang bersetuju dengan 'serupa'nya cerita mat jenin,pak pandir dan pak lebai. ketiga-tiga mereka merupakan watak-watak melayu yang sangat berpengaruh ketika kecil dahulu. mungkin bukan setakat sekolah rendah,tapi sehingga buku KOMSAS tingkatan 4 masih menceritakan kisah pak pandir dan pak lebai untuk diambil pengajaran.mungkin ketika sekolah rendah dahulu kita hanya akan gelakkan cerita-cerita pak pandir,pak lebai dan mat jenin tu. tapi bila umur dan kematangan semakin meningkat,cerita itu mulai dilihat dari sudut yang berbeza,sehinggakan,ye..kita akan dapat banyak pengajaran dari kisah ketiga-tiga watak 'utama' penglipur lara melayu itu.

penulis ingin berkongsi pendapat penulis ketika 'tiba-tiba' teringat kisah mat jenin. jom kita 'revise' balik cerita zaman-zaman hingusan kita dulu..(perhatian,cerita berikut adalah hasil penulis memerah keringat mengingat semula cerita ni,kalau salah,sila abaikan betulkan.



Mat jenin digambarkan seorang budak yang sedang meningkat remaja. Dia seorang yang sangat rajin serta bercita-cita tinggi. dia memasang tekad untuk menjadi orang yang paling kaya. apa yang dia buat untuk capai cita-cita dia? dia tidak duduk diam goyang kaki dan tunggu harta pusaka nenek moyang dia. tapi dia giat mencari upah memanjat dan mengambil buah kelapa di sekeliling kampung.

pada suatu hari,mat jenin pun panjat pokok kelapa...panjat...panjat..sambil-sambil dia memanjat tu,dia bayangkan upah yang bakal dia dapat selepas berjaya mengambil buah-buah kelapa tuh.lalu semakin laju la dia panjat. bila dia sampai dekat tempat tergantungnya buah kelapa tuh,dia pun mula la mengambil dan menceraikan buah-buah kelapa tuh. sambil tuh dia membayangkan upah yang lumayan.dengan upah yang lumayan itu dia bercadang untuk membeli ayam. dia bercadang untuk membela ayam.mula-mula seekor,lepas tu tambah lagi seekor,lepas tu seekor lagi..lepas dah banyak ayam,dia nak jual dan beli kambing pula. dia bercadang untuk ternak kambing pula. lepas seekor,seekor,tambah lagi seekor,bila dah banyak,jual. dengan duit jualan tu dia bercadang nak beli lembu pula. seekor,kemudian tambah lagi,kemudian tambah lagi. dengan menjual lembu,akan semakin banyaklah duit dia dan semakin kayalah dia. dia mulai berfikir untuk membeli rumah besar dan kereta yang besar(dan pada ketika itu,dia masih mengait kelapa-kelapa dari pohonnya,pegangannya mulai longgar disebabkan terlalu gembira,gerak tangannya semakin perlahan) kemudian dia mula berfikir untuk berumahtangga,lalu dia membayangkan gadis idamannya(pegangannya semakin longgar) dan sambil memejamkan mata,dia membayangkan kehidupannya yang sangat sempurna,dengan tidak semena-mena,pegangannya pun terlepas,lalu dia pun.....

(penulis ingat sampai situ je kisah dia. sebab sehingga sekarang,penulis tak pernah dengar lagi sambungan selepas kejadian tuh..maaf,penulis memang tak pandai bercerita dengan komputer)

biasanya lepas je kita dengar tentang kisah tuh,sebahagian daripada kita waktu kecil dulu akan ketawa,betul,tak? dan kemudian cikgu-cikgu akan tanya kita tentang kesimpulan cerita nih. rata-rata akan ikut skema jawapan yang dikehendaki seperti : jangan banyak berangan,buat sesuatu dengan fokus dsbg.

tapi,pada pendapat penulis sendiri,mungkin kita waktu itu sekadar memandang 'bad side' dalam cerita mat jenin tuh sehingga lupa pada 'good side' dalam cerita tuh,kan? perasan tak...?

bila tengok balik,apa kebaikan mat jenin? banyak yang daie boleh belajar dari alkisah mat jenin:
1)dia seorang yg bercita2 tinggi - Mat  jenin mempunyai cita2 yang besar. berapa ramai yang mempunyai cita2 tinggi,tapi 'dikuburkan' dengan gelak tawa dari orang lain yang tidak membina.
 
    tahukah kita bahawa albert einstein tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak yang lain sehingga berumur 5 tahun? siapa menyangka yang akhirnya beliau boleh menghasilkan teori e=mc2?
    tahukah anda telefon bimbit canggih pada masa sekarang adalah hasil angan-angan berpuluh tahun yang lepas?
    tahukah anda kapal terbang yang canggih dan hebat adalah hasil angan-angan 'mat jenin' seperti keluarga wright bersaudara ?
    berangan-anganlah...
    untuk menjadi tentera pembebas al-quds
    untuk menjadi 'public figure' dalam masyarakat
    ...................................(sila isi tempat kosong)

2)dia seorang yang berkerja-bukan sekadar berfikir,mat jenin melaksanakan apa yang dia fikir. daie yang hanya tahu berfikir tanpa menterjemahkan dalam bentuk perbuatan tidak akan membawa apa-apa hasil. otak penat,kerja tak buat. iringi setiap idea dengan cara menterjemah dalam bahasa kehidupan.
 
3)dia membayangkan setiap langkah yang menuju kepada kejayaan dia-dalam erti kata lain,matlamat yang jelas,gerak kerja yang jelas. dan kita? kita harus lebih berhati-hati dalam menentukan langkah kita.merancang gerak kerja yang lebih tersusun,satu demi satu langkah. agar setiap matlamat dicapai dengan berstrategi,bukan sekadar kebetulan.

moga kita belajar dan cuba aplikasikan dalam kehidupan yang pendek ini. melihat sesuatu perkara seperti orang biasa tidak akan menambahkan apa-apa. wallahu a'lam.

Saturday, June 4, 2011

Bila bercakap tentang Bait Muslim..

bismillah.

akhir-akhir ini makin kerap perbualan tentang kahwin a.k.a bait muslim diperbincangkan di sekeliling penulis. Dan makin ramai dengarnya yang ingin melangkah ke alam yang penuh berliku itu. Bagus,penulis sangat menyokong mereka yang mempunyai niat yang baik dan teguh hati untuk melaksanakannnya biarpun di dalam usia muda.

 namun,kadangkala penulis merasakan isu kahwin ini menjadi satu topik yang sangat besar dan sangat hangat diperkatakan lebih-lebih lagi oleh mereka yang telah melepasi tahap persekolahan. ya lah,golongan-golongan disekeliling penulis ini semuanya lepasan pelajar sekolah. malahan,ramai lagi yang masih baru melangkah ke alam universiti termasuk penulis.

 tidaklah penulis merasakan isu perkahwinan itu satu topik yang tidak relevan untuk diperbincangkan. tidak sama sekali. malahan kita juga perlu mempersiapkan diri bila-bila jika sudah sampai serunya.

 yang sedihnya,apabila ramai orang bercakap tentang bait muslim ini tapi tidak melihat kepada perkara yang lebih besar dari itu. malahan sebahagian menganggap B.M itu sekadar bermain-main. ramai yang terlalu sibuk memikirkan tentang bagaimana rupa pasangan yang diinginkan,keadaan kewangannya,sifat dan sikap yang diimpikan dan lain-lain. akan tetapi sangat sedikit sekali diselitkan,sebelum memikirkan tentang seseorang yang belum pasti wujud untuk diri itu,lebih utamanya bagaimana cara kita mempersiapkan diri kita. bagaimana tentang fard muslim kita? bagaimana tentang 10 muwasafat kita,bagaimana tentang iman dan taqwa kita,bagaimana tentang  skil-skil yang perlu dikuasai sebelum menjejak kaki ke alam itu? dan yang paling penting adakah kita sudah tergolong sebagai perempuan yang Allah namakan di dalam al-quran sebagai perempuan yang baik-baik? agar kita juga dapat orang yang baik-baik,yang sekufu dengan kita.

mari pandang jauh lagi ke depan, bagaimana pula nasib anak-anak apabila dilahirkan pula. adakah akan dididik dengan ilmu agama secukupnya,atau cukup sekadar disekolah,atau bagaimanakah yang diimpikan terhadap zuriat tersebut? nak seperti Amalina yang 17A1? atau seperti nik nur madihah 20A? ataukah zuriat itu yang akan jadi mujaddid umat,ataukah dia akan menjadi seperti kita? mampukah mendidik anak sehingga lebih baik dari kita atau biasa-biasa sahaja. yang penting,adakah apabila kita mati nanti,zuriat itulah yang akan memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkan kita? yang akan mendoakan selepas kita mati?

 terlalu banyak perkara yang perlu jauh dipandang kedepan berbanding dengan meilhat sekadar didepan mata.

wallahu a'lam. penulis sekadar berbicara. moga ada sedikit manfaatnya buat kita,hamba NYA

Wednesday, May 4, 2011

hasil contengan..

bismillah.

buat sesiapa yang ber masa lapang,teringin nak baca,mahupun melontarkan komen-komen positif mahupun negatif (sebaiknya positif la ye...) jemput lontarkan perasaan anda~ (sambil senyum muka baik)


"eyt, enti pergi ke program ahad ni?" Syarmila bertanya sekadar berbasa-basi.
"insyaAllah" ringkas solehah. seeloknya segala perkara disandarkan kepada keizinan Allah. Tanpa izin dariNYA, tak mungkin segala perkara boleh berlaku. Keajaiban? Keajaiban juga rahsia penciptaanNYA.
"Ana nak tumpang boleh?" kali ini matanya memandang tepat ke mata Solehah. Sambil mempamerkan wajah-wajah kesian..
 "Kereta nt mana?" perlahan dia membalas semula pertanyaan Syarmila.
 "Kereta ana, ana dah kasi areej pinjam dulu. Dia kata ada hal penting"balas Syarmila sambil tersenyum-senyum. Seketika tiada perbualan mengambil tempat diantara mereka. Syarmila mengangkat kening sambil berkerut meminta jawapan. Solehah membalas pandangan Syarmila dengan muka innocent. Syarmila bertambah kerut. Solehah mengangkat keningnya seolah2 tak faham. Seketika kemudian dia ketawa sambil tersenyum2.
  "hee~ana main2 je"Solehah meneguk air limau dicawannya yang masih bersisa.
  "jadi?"kening diangkat sekali lagi.
  "jadi apa?"mata dibuntangkan.
  "Solehah! eeii..nak kena dia ni. orang serius dia main2 pulak"sekilas pukulan perlahan mendarat dibahu solehah.
  "elele...boleh lah..ana bukan kedekut. Dalam berukhuwwah kan tak boleh berkira. kita kenalah mencontohi para sahabat,kan? kalau dulu,tentang pasangan pun tak berkira,inikan pula tolong tumpangkan ukhti ana ni"senyum Solehah masih meleret.
  "oo macam tu ye? kalau macam tuh bolehlah nt pinjamkan terus kereta nt tuh kat ana buat selama2nya" kali ini giliran Syarmila mengusik. Solehah memandang Syarmila sekilas. Dia memandang kearah sekelilingnya beberapa lama.
  "boleh je. tapi road tax dengan bayaran tak habis tuh tanggung sendiri,plus kena menjadi driver ana buat selama2nya.."
  "huwwo~ dahsyat benar syaratnya. emm..tak jadilah nak ambil kereta tuh..huh" dan ketawa tercetus.
   Sungguh,ukhuwwah itu indah. tak perlu seibu mahupun seayah.tidak perlu seagama, sekadar pertalian akidah yang sama sudah menjadikan muslim itu bersaudara. Sungguh,alangkah indahnya ikatan itu. Ikatan yang tidak pernah bertulis hitam atau putih. Tidak perlu berbelanja besar untuk menikmatinya. Sekadar ketulusan jiwa yang luhur cukup untuk menjadi maharnya. manisnya ukhuwwah.