Pages

Saturday, June 4, 2011

Bila bercakap tentang Bait Muslim..

bismillah.

akhir-akhir ini makin kerap perbualan tentang kahwin a.k.a bait muslim diperbincangkan di sekeliling penulis. Dan makin ramai dengarnya yang ingin melangkah ke alam yang penuh berliku itu. Bagus,penulis sangat menyokong mereka yang mempunyai niat yang baik dan teguh hati untuk melaksanakannnya biarpun di dalam usia muda.

 namun,kadangkala penulis merasakan isu kahwin ini menjadi satu topik yang sangat besar dan sangat hangat diperkatakan lebih-lebih lagi oleh mereka yang telah melepasi tahap persekolahan. ya lah,golongan-golongan disekeliling penulis ini semuanya lepasan pelajar sekolah. malahan,ramai lagi yang masih baru melangkah ke alam universiti termasuk penulis.

 tidaklah penulis merasakan isu perkahwinan itu satu topik yang tidak relevan untuk diperbincangkan. tidak sama sekali. malahan kita juga perlu mempersiapkan diri bila-bila jika sudah sampai serunya.

 yang sedihnya,apabila ramai orang bercakap tentang bait muslim ini tapi tidak melihat kepada perkara yang lebih besar dari itu. malahan sebahagian menganggap B.M itu sekadar bermain-main. ramai yang terlalu sibuk memikirkan tentang bagaimana rupa pasangan yang diinginkan,keadaan kewangannya,sifat dan sikap yang diimpikan dan lain-lain. akan tetapi sangat sedikit sekali diselitkan,sebelum memikirkan tentang seseorang yang belum pasti wujud untuk diri itu,lebih utamanya bagaimana cara kita mempersiapkan diri kita. bagaimana tentang fard muslim kita? bagaimana tentang 10 muwasafat kita,bagaimana tentang iman dan taqwa kita,bagaimana tentang  skil-skil yang perlu dikuasai sebelum menjejak kaki ke alam itu? dan yang paling penting adakah kita sudah tergolong sebagai perempuan yang Allah namakan di dalam al-quran sebagai perempuan yang baik-baik? agar kita juga dapat orang yang baik-baik,yang sekufu dengan kita.

mari pandang jauh lagi ke depan, bagaimana pula nasib anak-anak apabila dilahirkan pula. adakah akan dididik dengan ilmu agama secukupnya,atau cukup sekadar disekolah,atau bagaimanakah yang diimpikan terhadap zuriat tersebut? nak seperti Amalina yang 17A1? atau seperti nik nur madihah 20A? ataukah zuriat itu yang akan jadi mujaddid umat,ataukah dia akan menjadi seperti kita? mampukah mendidik anak sehingga lebih baik dari kita atau biasa-biasa sahaja. yang penting,adakah apabila kita mati nanti,zuriat itulah yang akan memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkan kita? yang akan mendoakan selepas kita mati?

 terlalu banyak perkara yang perlu jauh dipandang kedepan berbanding dengan meilhat sekadar didepan mata.

wallahu a'lam. penulis sekadar berbicara. moga ada sedikit manfaatnya buat kita,hamba NYA

Wednesday, May 4, 2011

hasil contengan..

bismillah.

buat sesiapa yang ber masa lapang,teringin nak baca,mahupun melontarkan komen-komen positif mahupun negatif (sebaiknya positif la ye...) jemput lontarkan perasaan anda~ (sambil senyum muka baik)


"eyt, enti pergi ke program ahad ni?" Syarmila bertanya sekadar berbasa-basi.
"insyaAllah" ringkas solehah. seeloknya segala perkara disandarkan kepada keizinan Allah. Tanpa izin dariNYA, tak mungkin segala perkara boleh berlaku. Keajaiban? Keajaiban juga rahsia penciptaanNYA.
"Ana nak tumpang boleh?" kali ini matanya memandang tepat ke mata Solehah. Sambil mempamerkan wajah-wajah kesian..
 "Kereta nt mana?" perlahan dia membalas semula pertanyaan Syarmila.
 "Kereta ana, ana dah kasi areej pinjam dulu. Dia kata ada hal penting"balas Syarmila sambil tersenyum-senyum. Seketika tiada perbualan mengambil tempat diantara mereka. Syarmila mengangkat kening sambil berkerut meminta jawapan. Solehah membalas pandangan Syarmila dengan muka innocent. Syarmila bertambah kerut. Solehah mengangkat keningnya seolah2 tak faham. Seketika kemudian dia ketawa sambil tersenyum2.
  "hee~ana main2 je"Solehah meneguk air limau dicawannya yang masih bersisa.
  "jadi?"kening diangkat sekali lagi.
  "jadi apa?"mata dibuntangkan.
  "Solehah! eeii..nak kena dia ni. orang serius dia main2 pulak"sekilas pukulan perlahan mendarat dibahu solehah.
  "elele...boleh lah..ana bukan kedekut. Dalam berukhuwwah kan tak boleh berkira. kita kenalah mencontohi para sahabat,kan? kalau dulu,tentang pasangan pun tak berkira,inikan pula tolong tumpangkan ukhti ana ni"senyum Solehah masih meleret.
  "oo macam tu ye? kalau macam tuh bolehlah nt pinjamkan terus kereta nt tuh kat ana buat selama2nya" kali ini giliran Syarmila mengusik. Solehah memandang Syarmila sekilas. Dia memandang kearah sekelilingnya beberapa lama.
  "boleh je. tapi road tax dengan bayaran tak habis tuh tanggung sendiri,plus kena menjadi driver ana buat selama2nya.."
  "huwwo~ dahsyat benar syaratnya. emm..tak jadilah nak ambil kereta tuh..huh" dan ketawa tercetus.
   Sungguh,ukhuwwah itu indah. tak perlu seibu mahupun seayah.tidak perlu seagama, sekadar pertalian akidah yang sama sudah menjadikan muslim itu bersaudara. Sungguh,alangkah indahnya ikatan itu. Ikatan yang tidak pernah bertulis hitam atau putih. Tidak perlu berbelanja besar untuk menikmatinya. Sekadar ketulusan jiwa yang luhur cukup untuk menjadi maharnya. manisnya ukhuwwah.

Friday, April 29, 2011

Hidup untuk saling melengkapi

Bismillah

Pernah tak rasa 'annoying' dengan orang?
rasa karakter seseorang tuh tak masuk dengan kita?
pernah tak rasa macam banyak sangat kekurangan org lain sampai rasa macam diri lebih bagus dari dia?

dan...pernah tak rasa bersalah bila rasa macam tuh?

hehe. sebagai seorang manusia biasa,kita tak mudah lari dari perasaan macam tuh. selesa dengan sesetengah orang dan rasa sedikit kurang selesa dengan sesetengah yang lain. penulis juga kadang-kadang selalu diuji dengan perasaan macam tuh. tapi pernah tak kita nampak hikmah disebalik ciptaan Allah yang pelbagai dan sangat warna-warni ni? mungkin kita selalu kata :

'ish...tak boleh la nak masuk dengan orang macam dia nih...xde chemistry..'

atau mungkin macam nih :

'aku tak boleh duduk dengan orang macam nih...tertekan hidup nanti'

'kenapa dia buat macam tuh? ish...annoying sungguh..'

'mungkin...Allah tak ciptakan aku untuk duduk dengan dia..'haish,boleh pulak rasa macam tuh...




Dalam fasa-fasa hidup kita,kita bertemu dengan ramai manusia. Allah mempertemukan dengan orang-oarang yang sangat menarik untuk didekati. seorang yang hebat,berhikmah,mujahadah,disenangi,penyayang dll. tak kurang juga Allah mempertemukan kita dengan orang yang 'kurang skill' dalam berinteraksi dengan manusia. penulis katakan kurang skill kerana kita memang perlu sentiasa belajar,dan kita tak pernah perfect.

Dan lebih menarik kalo Allah pertemukan kita dengan orang yang pelik tapi menarik. pernah jumpa? orang yang kalau kita dengar kisah hidup dia,macam cerita novel. kadang-kadang rasa macam tengok 'movie thriller' bila dengar cerita dia. Ataupun macam cerita indonesia?  penulis katakan cerita indonesia sebab watak-watak dalam cerita tuh,sebijik macam sinetron indonesia. penulis pernah tengok..dulu,sekarang tak suka da.  (smile)
kalau baik,terlalu baik...kalau jahat terlalu jahat seolah-olah xde kebaikannya di situ..

pernah?
apa perasaan jumpa manusia-manusia macam tuh? menarik tak? ke...rasa macam...

tak pernah?
doalah moga Allah pertemukan...banyak impak positif dan negatif di situ..

tapi rasanya semua pernah berjumpa dengan orang-orang macam tuh..cuma kadang-kadang kita tak ambil pusing sangat dengan orang macam tuh..

Tahukah anda...bahawa Allah mempertemukan kita dengan pelbagai karakter manusia agar kita mengajar dan belajar?

mengajar?
ye..penulis katakan mengajar..
dengan menjadi kawan kepada orang yang 'kurang skill' dalam berhadapan dengan manusia,kita menjadi cerminnya. membantunya membaiki dia. mengajarnya apa yang kurang. sebab...sungguh Maha Suci Allah yang tidak menciptakan semua manusia sama sahaja. malah,kalau diteliti,setiap orang mempunyai kisah tersendiri,boleh mencipta novel sendiri. unik. dan berwarna-warni.

kadang-kadang bila kita melihat orang yang 'kaku' 'tak reti cakap sangat',sebab kalau cakap,ada je orang tak puas hati dengan dia.,perbuatan dia selalu buat orang rasa 'annoying' instead of menyampah. dan muka dia selalu memberi reaksi yang tak sepatutnya mengikut keadaan (baca=blur).

sering kita merasa kasihan terhadap orang yang macam nih.dan mungkin kita pun menjauhkan diri dari dia....

pernah tak kita terfikir kisah hidup dia yang mungkin menyebabkan dia jadi macam tuh? contohnya kurang kasih-sayang dari keluarga,tak pernah ada orang mengajar 'human sense' pada dia,Allah mencipta mereka kurang pandai nak menunjukkan ekspresi,mungkin trauma di masa lampau,atau dia memang susah nak belajar benda-benda begitu sebab ketegaq sangat.


Indah sungguh kalau Allah menghantar kita yang dah belajar sikap perikemanusiaan yang lebih ini serta cara-cara mengekspresikan perasaan dengan baik dan berkesan ke dalam hidup dia,lalu membantu dia berubah. sama macam kita mencari orang-orang yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam saf-saf dan dilatih menjadi jundullah..ada beza ke? mungkin dari gaya bahasanya,tapi sama dalam gerak kerja. sungguh indah.

tahukah anda..? (da rasa macam dalam teater maahad reunited dulu-dulu pulak) dengan mengenali dan bergaul dengan orang-orang begitu meningkatkan skill kita berhadapan dengan manusia pelbagai ragam? ya,penulis yakin anda semua setuju. dengan berjumpa dengan orang yang 'blur' buat kita bijak mencari cara mendekati dia. dengan berjumpa dengan orang yang 'ketegaq' mengajar kita untuk banyak bersabar. berjumpa dengan orang yang 'penyedih' mengajar kita untuk lebih positif. bergaul dengan orang yang 'kuat membidas' mengajar kita untuk berhujah dengan bijak dan hikmah. semua ada hasil positif kan? ye..

dan berjumpa dengan orang yang mempunyai kisah hidup yang pelik dari biasa mengajar kita lebih empati dan simpati. full stop.

Penulis rasa sangat bertuah sebab Allah meletakkan penulis dalam sekolah berasrama penuh. yang di dalamnya pelbagai jenis ragam manusia. Dan di sana Allah mengajar penulis bagaimana untuk berinteraksi dengan lebih baik sesama manusia. Bukan mudah,lebih-lebih lagi untuk berinteraksi sesama manusia. sangat banyak skill yang perlu dikuasai. Dan Allah letakkan penulis dengan sahabat-sahabat yang sangat banyak mengajar.mereka juga belajar. dari seorang yang tak reti nak luahkan perasaan,penulis menjadi seorang yang mampu untuk mendengar luahan hati orang lain. dari seorang yang blur,penulis berubah menjadi seorang yang lebih berwarna-warni. Alhamdulillah..

dalam setiap karakter,Allah mengizinkan kita untuk belajar dan mengajar.

Allah menciptakan adanya ruang antara jari-jari kita agar jari-jari lain mengisi ruang kosong antara jari-jari itu.

pernah dengar? namun tidaklah penulis katakan atas sebab itu sahaja jari manusia dicipta berlubang di celah-celah...

Kita diciptakan untuk saling melengkapi. Allah menciptakan matahari,Dia juga menciptakan bulan. Allah menciptakan bahang mentari,juga menciptakan hujan yang nyaman. Dia menciptakan laut yang tenang damai,juga menciptakan langit yang indah tak tercapai. indah,kan? semua berpasangan. mengapa?

Agar kita saling melengkapi kekurangan sesama kita. 

Agar kita sedar Allah itu Maha Sempurna,tiada sehebat Dia.

Agar kita sedar martabat sebagai seorang hamba yang hina dan kerdil di sisiNYA,tak layak mendabik dada.



Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


wallahu a'lam.

Thursday, February 17, 2011

Berhanti bercakap dan teruskan melangkah

bismillah.


Lama sungguh rasanya penulis mengabaikan blog ini. Maaf bagi sesiapa yang menunggu post yang baru sejak sekian lama,kalau ada. Hidup penulis di Mesir membuatkan penulis sibuk mencari dan mengenal semula diri. Kalau ingin diceritakan pengalaman di sana lebih kurang empat bulan penulis berada disana,ya terlalu banyak untuk dikongsikan. sering saja penulis 'menulis didalam kepala' namun tak terzahir di blog. Terlalu banyak yang penulis belajar di Mesir. Boleh dikatakan Mesir mendapat tempat yang sangat istimewa dihati penulis. sebabnya?mungkin perlu membuat post yang khas lebih dari satu dan panjangnya berjela nanti.(penulis senyum sendiri)


  Budaya bercakap tentang hal orang lain telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. buktinya? ya, dimerata-rata tempat. Baik media cetak mahupun media elektronik. Baik melalui sms mahupun email,dan yang terkini,facebook,friendster dll. Moga kita tak digolongkan dalam kalangan orang yang menyebarkan fitnah-fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


 Bagi 'orang-orang biasa',mereka mungkin menganggap hal ini adalah perkara biasa. Mereka berlumba-lumba menjadi orang yang pertama yang tahu dan menyebarkan mengikut fahaman masing-masing. mungkin mahu digelar sentiasa up to date dan tak mahu digelar katak bawah tempurung. mengenai kebenarannya? itu tolak tepi,lepas tuh boleh selidik lagi,ujar sebahagiannya. bila ditanya soal fitnah atau mengumpat, akan dijawab dengan mereka hanya memberitahu perkara yang betul. seolah-olah perkara betul itu tidak berdosa,kalau berita itu salah,barulah dikira dosa.


 Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa ‘ala aalihi wa sallam bersabda:
أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ
“Tahukah kalian apa itu ghibah?”, Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau bersabda, “Yaitu engkau menceritakan tentang saudaramu yang membuatnya tidak suka.” Lalu ditanyakan kepada beliau, “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka beliau bersabda, “Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah meng-ghibahinya. Dan apabila ternyata tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya (berbuat buhtan).” (HR. Muslim. 4/2001. Dinukil dari Nashihatii lin Nisaa’, hal. 26)

 Dan penulis katakan,golongan pendakwah juga tidak terlepas daripada godaan syaitan ke arah seperti ini. syaitan amat benci dengan golongan yang sering mengajak manusia ke arah 'amar makruf dan nahi mungkar' ini. tipu dayanya cukup halus. Syaitan tidak terang-terangan mengajaknya sibuk berbicara tentang artis-artis seperti rancangan-rancangan di dalam TV,tidak juga berbicara tentang perangai mereka yang berlainan jantina,mungkin.
  
   Mungkin tipudaya syaitan lebih halus. Mengajak untuk berbicara tentang keburukan saudaranya. keburukan saudaranya yang sama-sama ke arah mengajak kepada yang hak dan meninggalkan yang batil ini dilihatkan didepan matanya cukup besar.seolah-olah gunung yang ingin menimpanya. keburukan sedikit tentang sesuatu golongan seringkali menjadi buah mulut dan bahan perdebatan. seolah-olah saudaranya yang mempunyai kelemahan ini lebih teruk daripada keadaan masyarakat kini. kesalahan yang kecil diperbesarkan,yang besar apatah lagi(macam lirik lagu pula). 


  kesannya? ya, penulis rasa saudara-saudara setuju,akhirnya amal dakwah entah ke mana,islah masyarakat juga akhirnya ke mana. Kita sebagai manusia harus faham bahawa manusia yang Allah ciptakan itu punya kelemahan dan kekuatan masing-masing. Alangkah indah jika perbezaan antara kita dilihat dari sudut yang positif. namun tak bererti semua kelemahan itu dibiarkan dan tidak di atasi. bagi orang yang faham, dia akan.....(sila isi tempat kosong)


 Kesimpulannya di sini, berhenti berbicara tentang orang lain,dan teruslah melangkah. jika dilihat kelemahan seseorang saudara,jadilah seperti cerminnya. memberitahunya ketika tersilap dan membantunya mengubah diri. bukan menjatuhkan dengan menyebarkan keburukan atau memfitnahnya. saudara muslim itu adalah yang menegur dan menjaga aib saudaranya. budaya saling menjatuhkan patut dihapus dan budaya saling tegur-menegur ke arah kebaikan hendaklah menjadi amalan baru.


tegur dengan hikmah-bukti cinta dan kasih sayang-quotes penulis sendiri

   Moga-moga Allah menggolongkan kita dikalangan orang yang sedikit bercakap,namun banyak amalnya.

p/s: penulis masih belum reti bagaimana nak aktif berblog. nak mencatikkan atau meng'update' apatah lagi. mohon dibantu.cadangan adalah sangat dialu-alukan. (^^,)

Thursday, September 23, 2010

Dengan nama Allah, aku bermula

bismillah.

Dah lama rasanya sampai seru untuk mengikut jejak langkah rakan-rakan untuk on blogger. memandangkan penulis juga telah 'lama sgt' selesai mengambil SPM. Bukan tak mahu berikan komitmen dengan blog, tapi tak pasti sejauh mana ia akan beri kesan kepada penulis -  terutamanya, dan orang lain.

   Sebenarnya baru-baru ini (takde la baru sangat) ketika ramadhan yang baru sahaja berlalu,penulis secara sukarelanya ingin menjadi fasilitator untuk sebuah program di Kuala Pilah,Negeri sembilan. Program tersebut berlangsung selama 2 hari satu malam dan diadakan khusus bagi pelajar sekolah menengah. Program tersebut bersempena dengan peristiwa BADAR al-kubra dan mengejar fadhilat 10 malam terakhir Ramadhan sepertimana yang telah dianjurkan oleh ar-rasul (s.a.w). Rezeki daripada Allah - penulis sempat mengikuti sesi kuliah yang disampaikan oleh Dr Zainurrashid yang sangat dikagumi penulis.

   kuliah tersebut bertajuk Badar al-kubra,berkisar tentang perkara-perkara yang berlaku disekitar peristiwa tersebut. penulis sungguh tertarik dengan kata-kata motivasi daripada Dr zainurrashid yang sangat menyetuh hati penulis diakhir ceramah beliau. diantaranya, Dr telah menggalakkan agar pemuda-pemudi islam sekarang menggunakan segala wadah(jalan) yang ada untuk menyampaikan fikrah islam kepada semua. Bila Dr Zain sebut ttg facebook - penulis tak terasa apa-apa(kerana penulis sudah ada). cuma bila Dr Zain sebut ttg lain-lain wadah-terutamanya blogger - penulis tersentak. baru teringat blog yang telah dibuat pada 4-5 bulan yang lalu masih belum terusik(ditulis apa-apa). penulis berfikir - benar,blog mampu memberi kesan positif, baik kepada penulis sendiri mahupun pembaca.

                             (ketika Dr Zain menyampaikan kuliah - peserta2 begitu tekun mendengar)

(gambar dr jarak dekat yg diambil dr camera penulis)
 Ada apa dengan penulisan?

penulisan mampu menyampaikan apa sahaja yang ingin disampaikan tanpa had masa tertentu. pembaca boleh membaca dimana-mana pada saat-saat yang mereka inginkan. hasil tulisan juga boleh disimpan dan dijadikan rujukan. ramai tokoh-tokoh bukan sahaja sibuk berdakwah kepada manusia secara langsung melalui ceramah,pergaulan dan lain-lain,malah mereka juga turut menghasilkan tulisan tentang perkara-perkara penting yang ingin disampaikan. Hassan Al-banna- tokoh pendakwah terkenal, walaupun beliau tidak menghasilkan banyak karya pemikiran beliau,namun,kuliah-kuliah yang disampaikan beliau dicatit dan dicetak dalam bentuk buku-buku yang boleh dirujuk sehingga sekarang.

   menulis juga mampu memberi kesedaran kepada penulisnya. sejauh mana kematangannnya dalam menulis sesuatu,juga menilai setiap hasil tulisannya. menulis secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada penulis sejauh mana 'tahap' mereka berada sekarang dan bagaimana ingin meningkatkan mutu penulisan mereka serta mutu 'rohani' mereka.

dari tulisan turun ke hati? - itu quote penulis sendiri.

secara jujur,penulis masih lagi 'trauma' dengan SPM yang telah lama berlalu sehingga takut untuk menulis. Penulis masih belajar. trauma itu mesti di atasi. mohon doanya...