Pages

Thursday, September 23, 2010

Dengan nama Allah, aku bermula

bismillah.

Dah lama rasanya sampai seru untuk mengikut jejak langkah rakan-rakan untuk on blogger. memandangkan penulis juga telah 'lama sgt' selesai mengambil SPM. Bukan tak mahu berikan komitmen dengan blog, tapi tak pasti sejauh mana ia akan beri kesan kepada penulis -  terutamanya, dan orang lain.

   Sebenarnya baru-baru ini (takde la baru sangat) ketika ramadhan yang baru sahaja berlalu,penulis secara sukarelanya ingin menjadi fasilitator untuk sebuah program di Kuala Pilah,Negeri sembilan. Program tersebut berlangsung selama 2 hari satu malam dan diadakan khusus bagi pelajar sekolah menengah. Program tersebut bersempena dengan peristiwa BADAR al-kubra dan mengejar fadhilat 10 malam terakhir Ramadhan sepertimana yang telah dianjurkan oleh ar-rasul (s.a.w). Rezeki daripada Allah - penulis sempat mengikuti sesi kuliah yang disampaikan oleh Dr Zainurrashid yang sangat dikagumi penulis.

   kuliah tersebut bertajuk Badar al-kubra,berkisar tentang perkara-perkara yang berlaku disekitar peristiwa tersebut. penulis sungguh tertarik dengan kata-kata motivasi daripada Dr zainurrashid yang sangat menyetuh hati penulis diakhir ceramah beliau. diantaranya, Dr telah menggalakkan agar pemuda-pemudi islam sekarang menggunakan segala wadah(jalan) yang ada untuk menyampaikan fikrah islam kepada semua. Bila Dr Zain sebut ttg facebook - penulis tak terasa apa-apa(kerana penulis sudah ada). cuma bila Dr Zain sebut ttg lain-lain wadah-terutamanya blogger - penulis tersentak. baru teringat blog yang telah dibuat pada 4-5 bulan yang lalu masih belum terusik(ditulis apa-apa). penulis berfikir - benar,blog mampu memberi kesan positif, baik kepada penulis sendiri mahupun pembaca.

                             (ketika Dr Zain menyampaikan kuliah - peserta2 begitu tekun mendengar)

(gambar dr jarak dekat yg diambil dr camera penulis)
 Ada apa dengan penulisan?

penulisan mampu menyampaikan apa sahaja yang ingin disampaikan tanpa had masa tertentu. pembaca boleh membaca dimana-mana pada saat-saat yang mereka inginkan. hasil tulisan juga boleh disimpan dan dijadikan rujukan. ramai tokoh-tokoh bukan sahaja sibuk berdakwah kepada manusia secara langsung melalui ceramah,pergaulan dan lain-lain,malah mereka juga turut menghasilkan tulisan tentang perkara-perkara penting yang ingin disampaikan. Hassan Al-banna- tokoh pendakwah terkenal, walaupun beliau tidak menghasilkan banyak karya pemikiran beliau,namun,kuliah-kuliah yang disampaikan beliau dicatit dan dicetak dalam bentuk buku-buku yang boleh dirujuk sehingga sekarang.

   menulis juga mampu memberi kesedaran kepada penulisnya. sejauh mana kematangannnya dalam menulis sesuatu,juga menilai setiap hasil tulisannya. menulis secara tidak langsung akan memberi kesedaran kepada penulis sejauh mana 'tahap' mereka berada sekarang dan bagaimana ingin meningkatkan mutu penulisan mereka serta mutu 'rohani' mereka.

dari tulisan turun ke hati? - itu quote penulis sendiri.

secara jujur,penulis masih lagi 'trauma' dengan SPM yang telah lama berlalu sehingga takut untuk menulis. Penulis masih belajar. trauma itu mesti di atasi. mohon doanya...