Pages

Thursday, November 24, 2011

Kita berfikir gaya siapa?

bismillah.

SITUASI KINI.


 Baru-baru ini dengar kawan-kawan bercerita tentang artis barat. tatu kalau tak silap nama dia. eja mcm mana,tak tahu. ngeri dengar. ngeri? ye saya ngeri dengar mereka bercerita tentang lagu,video klip dan gaya hidup mereka. lesbian. dan seolah-olah gaya hidup itu hal artis sahaja,tukang mendengar hanya minat lagu. sebahagian kita berfikir. dan lagu-lagu tatu juga pernah menjadi 'siulan' saya dan kawan-kawan ketika kecelaruan identiti dahulu. adakah saya sahaja yang tak ingat mereka ini ikon kumpulan lesbian ataukah masyarakat ketika itu yang mengambil enteng gaya hidup seseorang artis sebelum di bawa ke malaysia? ya saya amat pasti video-video klip kumpulan sebegitu pernah ditayangkan di tv berkali-kali.(kalau tidak,takkan saya sampai terhafal,minat pun tidak)

 Baru-baru ini saya terkejut juga sekali lagi dengar artis gay nak buat konsert di malaysia. elton john. bukan apa,saya sering sahaja mendengar lagunya ketika awal zaman remaja dahulu. lagunya dahulu bukanlah sedap sangat didengar,tapi ada juga org yang mengggalakkan kita dengar,maka terikut-ikutlah. terkedu saya bila tahu artis yang dulu saya suka lagunya tuh mengamalkan cara hidup gay.

reaksi sebahagian kita?

ramai dikalangan kita yang memandang ringan sahaja masalah ikon remaja ni. Mereka akan memberi alasan,
'ala,orang bukan tengok sangat artis tuh,dengar lagu je..'  -->> inikan ujar kebanyakan mereka?

'tak perlu la 'syadid' sangat,kita dengar apa yang positif je la,yang negatif tu tolak tepi' - kata mereka yang ada basic ilmu agama.

BUKTI BAHAWA LAGU ITU ADA APA-APANYA:

 Saya rasa ramai yang bersetuju dengan saya bahawa muzik adalah wadah yang penting bagi menyampaikan mesej. caranya mudah. tak perlu ceramah 2-3 jam,tak perlu buat daurah,tak perlu bagi katibah,cipta sahaja lirik-lirik apa yang ingin disampaikan,minta orang suara sedap nyanyikan,kejap je masuk di hati. menjadi siulan. menjadi 'lagu kebangsaan' kata orang. Kalau lagu tidak mempunyai apa-apa significant, takkan lah lagu-lagu kumpulan black metal itu diharamkan? kenapa diharamkan? sebab akan mempengaruhi pendengarnya.

 buktinya,setiap persatuan ataupun apa-apa kumpulan mahupun sekolah-sekolah, masing-masing mempunyai lagu tersendiri yang mempunyai nilai-nilai yang ingin diterapkan ke atas orang-orang yang bernaung di bawah mereka. Lagu juga mempunyai nilai istimewa dan darjat tertentu yang tersendiri. kalau tidak,masakan sesiapa sahaja yang menyanyikan lagu negaraku dengan mempermainkannya boleh disaman atau ditangkap? istimewa tak lagu negaraku? ada kan kesannya?

 Lagu juga menjadi bukti atau lambang kepada seseorang individu. analogi yang mudah, sesiapa sahaja yang mendengar dan meminati lagu-lagu nasyid akan dianggap sebagai islamik. sesiapa sahaja yang mendengar muzik yang hard-metal,rock dan underground metal akan di cop sebagai orang yang 'rock dan ganas'. juga bagi sesiapa yang mendengar lagu-lagu kumpulan yang rasminya diketahui sebagai black-metal,punk dan hiphop akan dilabel sebagai sebahagian dari mereka automatiknya.

besarkan pengaruh lagu? jadi ianya bukanlah sekadar nyanyian bermain dimulut. peringatan terutama kepada diri sendiri.

KE MANA KITA HENDAK DIBAWA?


 Bila dilihat,direnung dianalisa,rupa-rupanya pemikiran kita sudah jauh dibawa ke barat. mana tidaknya segala apa tindak-tanduk kita semua dirujuk ke sana. Tidak ke barat, ke korea dan jepun nun sana pula diambil jadi ikon.

 Siapa yang canangkan dalam kepala kita disko dan pub itu biasa sahaja dikalangan anak bandar? T.V.

siapa yang bagitahu kita kalau nak jadi jahat kena merokok,minum arak,merompak dsbg? T.V.

siapa yang bagitahu kita artis tuh biasa sahaja kalau pakai pakaian menjolok mata? T.V

siapa ajar kita macam mana nak merompak bank-bank,rumah-rumah,mensabotaj orang guna internet dsbg? T.V

siapa yang bagitahu kita kalau remaja sebelum kahwin kena bercintan-cintun. time berncinta-cintun tuh kena tengok wayang,dating-dating keluar makan,jalan-jalan pergi taman bunga,merajuk-pujuk dengan alasan berkenal-kenalan? T.V

siapa yang bagitahu kita tak perlu kisah hal orang lain,tak perlu nak jaga tepi kain orang lain sebab kubur azab semua lain-lain? TV

semua tv yang ajar. ataupun yang lebih tepat,media. tak kisah lah media cetak mahupun media elektronik. mereka yang menyebarkan pemikiran 'sesiapa sahaja yang nak menjadi maju seperti kami sila ikut gaya hidup rakyat kami'. - seolah-olahnya begitu.

 makanya orang-orang kita yang sudah terpengaruh sekarang pun faham begitu. buat begitu. natijahnya? lahirlah generasi yang anggap merokok itu budaya,berzina itu perkara biasa,tak menutup aurat itu macam tak berdosa. bercinta-keluar makan dating sana-sini pun tak mengapa dengan alasan berkenal-kenalan. barat nak ada idol,kita pun nak ada idol. mereka adakan .... got talent,kita juga ikut. mereka buat cerita hantu,kita tiru juga. mereka nak jadikan humanisme sebagai agama dengan menghalalkam setiap keinginan nafsu manusia,sebahagian dari kita masih nampak perkara itu tak ada apa-apa! na'uzubillah min zaalik.

setelah media menggunakan segala jentera yang mereka ada untuk mempromosikan gaya hidup barat penuh dengan zero nilai kemanusiaan itu,mereka pula yang galak mencaci akibat daripada pengamalan budaya-budaya begitu. banyak kes-kes buang bayi yang terpampang di dada kahbar saban hari. pun nampak mereka makin mensensasikan berita-berita memalukan seperti itu. akhirnya masyarakat kita semakin lali dengan berita macam tuh.

 saya juga rasa ramai yang bersetuju kalau lah pemikiran seperti ini tidak dibanteras dan dihentikan kemudian kita gantikan dengan pemikiran islam yang lebih suci dan bersih dari unsur-unsur zero kemanusiaan itu,masyarakat akan semakin lalai dan leka. lali dengan benda-benda macam tuh. lali sampai nampak semua perkara nampak sama.

ini yang berlaku. masyarakat nampak semua benda baik sama.semua yang menyeru kepada kemanusiaan bnampak baik. semua NGO itu nak buat kebajikan. yang mengajak kebajikan semua baik. walaupun agama berbeza tapi tetap buat baik, masih bagus,hebat dan gah. nampak semua agama mengajak kepada kebaikan. lalu mengatakan semua agama sama-na'uzubillah min zalik!

Kesimpulan.

Kita mesti kembali kepada cara berfikir islam. Kita harus menimbang setiap perkara itu dengan timbangan yang berpaksikan islam. Kita harus kembali kepada cara berfikir yang merujuk kepada alquran dan as-sunnah. Kita mesti meletakkan Allah lah sebagai hakim yang hak untuk dirujuk. bukan barat,bukan korea dan bukan negara-negara maju material disana tuh tapi hakikatnya terlalu jahil dan mundur ke belakang. Bukan lah yang dirujuk itu, pemikiran orang-orang dahulu sahaja tanpa menimbangnya dengan neraca islam.

sungguh,kita semua telah terperangkap. (sebahagian besar dari kita)

justeru,marilah kita sama-sama kembali merujuk segala perkara kepada al-quran dan as-sunnah.
kerana kita adalah generasi harapan~