Pages

Thursday, February 17, 2011

Berhanti bercakap dan teruskan melangkah

bismillah.


Lama sungguh rasanya penulis mengabaikan blog ini. Maaf bagi sesiapa yang menunggu post yang baru sejak sekian lama,kalau ada. Hidup penulis di Mesir membuatkan penulis sibuk mencari dan mengenal semula diri. Kalau ingin diceritakan pengalaman di sana lebih kurang empat bulan penulis berada disana,ya terlalu banyak untuk dikongsikan. sering saja penulis 'menulis didalam kepala' namun tak terzahir di blog. Terlalu banyak yang penulis belajar di Mesir. Boleh dikatakan Mesir mendapat tempat yang sangat istimewa dihati penulis. sebabnya?mungkin perlu membuat post yang khas lebih dari satu dan panjangnya berjela nanti.(penulis senyum sendiri)


  Budaya bercakap tentang hal orang lain telah berakar umbi di dalam masyarakat kita. buktinya? ya, dimerata-rata tempat. Baik media cetak mahupun media elektronik. Baik melalui sms mahupun email,dan yang terkini,facebook,friendster dll. Moga kita tak digolongkan dalam kalangan orang yang menyebarkan fitnah-fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)


 Bagi 'orang-orang biasa',mereka mungkin menganggap hal ini adalah perkara biasa. Mereka berlumba-lumba menjadi orang yang pertama yang tahu dan menyebarkan mengikut fahaman masing-masing. mungkin mahu digelar sentiasa up to date dan tak mahu digelar katak bawah tempurung. mengenai kebenarannya? itu tolak tepi,lepas tuh boleh selidik lagi,ujar sebahagiannya. bila ditanya soal fitnah atau mengumpat, akan dijawab dengan mereka hanya memberitahu perkara yang betul. seolah-olah perkara betul itu tidak berdosa,kalau berita itu salah,barulah dikira dosa.


 Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa ‘ala aalihi wa sallam bersabda:
أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ
“Tahukah kalian apa itu ghibah?”, Mereka menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Beliau bersabda, “Yaitu engkau menceritakan tentang saudaramu yang membuatnya tidak suka.” Lalu ditanyakan kepada beliau, “Lalu bagaimana apabila pada diri saudara saya itu kenyataannya sebagaimana yang saya ungkapkan?” Maka beliau bersabda, “Apabila cerita yang engkau katakan itu sesuai dengan kenyataan maka engkau telah meng-ghibahinya. Dan apabila ternyata tidak sesuai dengan kenyataan dirinya maka engkau telah berdusta atas namanya (berbuat buhtan).” (HR. Muslim. 4/2001. Dinukil dari Nashihatii lin Nisaa’, hal. 26)

 Dan penulis katakan,golongan pendakwah juga tidak terlepas daripada godaan syaitan ke arah seperti ini. syaitan amat benci dengan golongan yang sering mengajak manusia ke arah 'amar makruf dan nahi mungkar' ini. tipu dayanya cukup halus. Syaitan tidak terang-terangan mengajaknya sibuk berbicara tentang artis-artis seperti rancangan-rancangan di dalam TV,tidak juga berbicara tentang perangai mereka yang berlainan jantina,mungkin.
  
   Mungkin tipudaya syaitan lebih halus. Mengajak untuk berbicara tentang keburukan saudaranya. keburukan saudaranya yang sama-sama ke arah mengajak kepada yang hak dan meninggalkan yang batil ini dilihatkan didepan matanya cukup besar.seolah-olah gunung yang ingin menimpanya. keburukan sedikit tentang sesuatu golongan seringkali menjadi buah mulut dan bahan perdebatan. seolah-olah saudaranya yang mempunyai kelemahan ini lebih teruk daripada keadaan masyarakat kini. kesalahan yang kecil diperbesarkan,yang besar apatah lagi(macam lirik lagu pula). 


  kesannya? ya, penulis rasa saudara-saudara setuju,akhirnya amal dakwah entah ke mana,islah masyarakat juga akhirnya ke mana. Kita sebagai manusia harus faham bahawa manusia yang Allah ciptakan itu punya kelemahan dan kekuatan masing-masing. Alangkah indah jika perbezaan antara kita dilihat dari sudut yang positif. namun tak bererti semua kelemahan itu dibiarkan dan tidak di atasi. bagi orang yang faham, dia akan.....(sila isi tempat kosong)


 Kesimpulannya di sini, berhenti berbicara tentang orang lain,dan teruslah melangkah. jika dilihat kelemahan seseorang saudara,jadilah seperti cerminnya. memberitahunya ketika tersilap dan membantunya mengubah diri. bukan menjatuhkan dengan menyebarkan keburukan atau memfitnahnya. saudara muslim itu adalah yang menegur dan menjaga aib saudaranya. budaya saling menjatuhkan patut dihapus dan budaya saling tegur-menegur ke arah kebaikan hendaklah menjadi amalan baru.


tegur dengan hikmah-bukti cinta dan kasih sayang-quotes penulis sendiri

   Moga-moga Allah menggolongkan kita dikalangan orang yang sedikit bercakap,namun banyak amalnya.

p/s: penulis masih belum reti bagaimana nak aktif berblog. nak mencatikkan atau meng'update' apatah lagi. mohon dibantu.cadangan adalah sangat dialu-alukan. (^^,)