Pages

Friday, November 11, 2011

kisah suatu pagi

bismillah.

 Quran dibaca diperhati dengan teliti. suasana hingar-bingar tak melunturkan semangatnya untuk terus mengalunkan kalimah ilahi. biar tenang di hati. Jangan bazirkan masa yang ada dengan aktiviti yang tidak memberi erti,tekadnya.

 seusai membaca mukasurat terakhir,bacaan dihentikan. quran ditutup diletak kemas di atas meja.
 "kak **** buat apa cuti?' soal temannya disebelah.mungkin menunggu-nunggu saat dia berhenti mengaji.
 "banyak benda" jawapan ringkas sambil tersenyum simpul. banyak? ya. banyak sampai tak sempat rasa betul-betul cuti,fikirnya. Masa remaja itu emas. harus diisi sebaiknya. jika dibiarkan kosong, maka sudah ada 'yang ketiga' ingin mengisinya. pesan IHAB - 'masa mudamu pendek,kamu harus menjadi lebih baik daripada kami'
 'kongsi la dengan kami' pintanya semangat dengan 'loghat utagha'.
 'awak la kongsi dulu dengan akak..awak buat apa?'
 'kita buat itu...pergi sini...datang sana...'panjang lebar ceritanya. sedang dia sibuk bercerita tentang kisahnya, datang seorang anak gadis remaja. baya-baya mereka juga. tidak berfikir panjang,terus mengambil tempat disebelahnya. quran di atas meja tadi dibelek-belek. ditenung gambar yang ada terselit di situ buat beberapa ketika. tak lama kemudian,muka surat diselak-selak.
 'akak kita pinjam ye?' soalnya lembut. 'dia' menganggukkan kepala sambil senyum bahagia. gembira melihat ada insan lain yang ingin mengambil manfaat dari quran itu.
 tiba-tiba dia terdiam. tidak membaca walau satu huruf daripada isi tadi. 'dia' masih terus memerhati.
 'akak,boleh tak ajar saya mengaji?' dengan serba salah dia menuturkan. 'dia' sedikit terkejut. oh, rupa-rupanya dia nak minta tolong aku....

 'mestilah boleh!' senyum ditarik semakin lebar. hadith nabi - 'khairukum man ta'allamal quran, wa 'allamahu' (sebaik-baik kamu adalah siapa yang mempelajari alquran dan mengajarkannya'

 kawannya lantas memulakan bacaan dari surah al-qalam. katanya,al-mulk sudah habis dia baca haritu. dia sudah mampu mengenal huruf. cuma panjang-pendek,dengung dan harakat sahaja yang perlu diperbetulkan. walaupun kadangkala bacaannya silap,hurufnya salah,dia masih bersemangat menghabiskan bacaan satu surah sederhana panjang itu. walaupun sesekali kawan sekelas lain datang menjengah melihat kelakuannya,sedikit pun dia tidak berkecil hati apatahlagi malu untuk membaca al-quran. satu sikap yang harus dipuji.

 'akak,dulu kita belajar alif, baris atas, aaa
 alif baris bawah,eeeee
 alif baris depan,uuuu' dia menjelaskan. 'dia' mengangguk. masih tersenyum. kagum dengan keberanian kawannya.
 'tapi akak,kita sempat belajar sampai ta je..eh,silap...tsa je...'
 'lepas tuh'
 'lepas tuh kita berhenti sebab tak ada siapa nak ajar kita'
 'ooo,,ok,xpe la. jom belajar dengan akak' cadang 'dia'.
 'ye ke? nak..nak!' sejurus itu dia mengeluarkan pennya dan menulis setiap huruf jawi itu. di bariskan dan diterjemahkan bunyinya ke dalam bahasa melayu. comel!

 sesekali dia mengaduh penat kerana huruf sebanyak 28 huruf itu bukan mudah nak menghabiskannya. lagilah pula ditambah dengan 'terjemahan' bahasa melayu,pasti lebih sukar. pun begitu 'dia' lebih suka membiarkan kawannya itu belajar seperti mana yang dia mahu. orang tengah semangat,jangah ditegah.

 'akak,nanti nak belajar dengan akak lagi boleh?'
 'inshaAllah,ok je...ehehe'
 dengan riak penuh gembira dan puas hati dia mengemas alatannya.
 'bila awak start belajar mengaji?'soalan itu ditutur berhati-hati.
 ' tahun lepas,time nak periksa al-quran. lepas tuh ada belajar time summer tapi tak habis...tuh pun ada seorang kakak dirasat nih ajar kita...ayah kita suruh kita belajar'
 ayatnya yang terakhir mengejutkan. oh,ayah suruh belajar...dan,sekarang? mengapa tidak dulu? soalan itu dibiar berlegar2 didalam hati.

kisah tadi telah pun di edit semula dan dibuang conversation-conversation yang tidak perlu itu.

pengajaran dari kisah ini:
1. sungguh sebak di dada melihat kawan sekelas masih belum mampu membaca al-quran dengan lancar. siapa ingin mengajar dia? soalan itu masih berputar di dalam kepala.
2. ibubapa yang baru sahaja menyuruh anaknya belajar mengaji di universiti. mengharapkan dengan menghantar anak ke uni yang berlatarbelakangkan agama mampu mengubah dan mendidik anaknya. tidaklah saya menyalahkan mereka 100%,ya, kefahaman tentang addeen ini belum semua yang telah menjumpainya.




3. saya dah terlupa cara mengolah cerita dengan baik. atau mungkin lebih elok saya mengarang di atas kertas di lainkalinya.

wallahu a'lam.