Pages

Tuesday, July 26, 2011

belajar dari mat jenin

bismillah.

Teringat dulu kisah Mat jenin yang selalu diceritakan kepada penulis ketika penulis masih bersekolah rendah.


siapa tak kenal Mat jenin? itu watak utama cerita melayu. hinggakan ada filem melayu bertajuk 'mat jenin'. Mat jenin itu siapa? macam pak pandir ke? macam cerita pak lebai ke? mungkin ada yang bersetuju dengan 'serupa'nya cerita mat jenin,pak pandir dan pak lebai. ketiga-tiga mereka merupakan watak-watak melayu yang sangat berpengaruh ketika kecil dahulu. mungkin bukan setakat sekolah rendah,tapi sehingga buku KOMSAS tingkatan 4 masih menceritakan kisah pak pandir dan pak lebai untuk diambil pengajaran.mungkin ketika sekolah rendah dahulu kita hanya akan gelakkan cerita-cerita pak pandir,pak lebai dan mat jenin tu. tapi bila umur dan kematangan semakin meningkat,cerita itu mulai dilihat dari sudut yang berbeza,sehinggakan,ye..kita akan dapat banyak pengajaran dari kisah ketiga-tiga watak 'utama' penglipur lara melayu itu.

penulis ingin berkongsi pendapat penulis ketika 'tiba-tiba' teringat kisah mat jenin. jom kita 'revise' balik cerita zaman-zaman hingusan kita dulu..(perhatian,cerita berikut adalah hasil penulis memerah keringat mengingat semula cerita ni,kalau salah,sila abaikan betulkan.



Mat jenin digambarkan seorang budak yang sedang meningkat remaja. Dia seorang yang sangat rajin serta bercita-cita tinggi. dia memasang tekad untuk menjadi orang yang paling kaya. apa yang dia buat untuk capai cita-cita dia? dia tidak duduk diam goyang kaki dan tunggu harta pusaka nenek moyang dia. tapi dia giat mencari upah memanjat dan mengambil buah kelapa di sekeliling kampung.

pada suatu hari,mat jenin pun panjat pokok kelapa...panjat...panjat..sambil-sambil dia memanjat tu,dia bayangkan upah yang bakal dia dapat selepas berjaya mengambil buah-buah kelapa tuh.lalu semakin laju la dia panjat. bila dia sampai dekat tempat tergantungnya buah kelapa tuh,dia pun mula la mengambil dan menceraikan buah-buah kelapa tuh. sambil tuh dia membayangkan upah yang lumayan.dengan upah yang lumayan itu dia bercadang untuk membeli ayam. dia bercadang untuk membela ayam.mula-mula seekor,lepas tu tambah lagi seekor,lepas tu seekor lagi..lepas dah banyak ayam,dia nak jual dan beli kambing pula. dia bercadang untuk ternak kambing pula. lepas seekor,seekor,tambah lagi seekor,bila dah banyak,jual. dengan duit jualan tu dia bercadang nak beli lembu pula. seekor,kemudian tambah lagi,kemudian tambah lagi. dengan menjual lembu,akan semakin banyaklah duit dia dan semakin kayalah dia. dia mulai berfikir untuk membeli rumah besar dan kereta yang besar(dan pada ketika itu,dia masih mengait kelapa-kelapa dari pohonnya,pegangannya mulai longgar disebabkan terlalu gembira,gerak tangannya semakin perlahan) kemudian dia mula berfikir untuk berumahtangga,lalu dia membayangkan gadis idamannya(pegangannya semakin longgar) dan sambil memejamkan mata,dia membayangkan kehidupannya yang sangat sempurna,dengan tidak semena-mena,pegangannya pun terlepas,lalu dia pun.....

(penulis ingat sampai situ je kisah dia. sebab sehingga sekarang,penulis tak pernah dengar lagi sambungan selepas kejadian tuh..maaf,penulis memang tak pandai bercerita dengan komputer)

biasanya lepas je kita dengar tentang kisah tuh,sebahagian daripada kita waktu kecil dulu akan ketawa,betul,tak? dan kemudian cikgu-cikgu akan tanya kita tentang kesimpulan cerita nih. rata-rata akan ikut skema jawapan yang dikehendaki seperti : jangan banyak berangan,buat sesuatu dengan fokus dsbg.

tapi,pada pendapat penulis sendiri,mungkin kita waktu itu sekadar memandang 'bad side' dalam cerita mat jenin tuh sehingga lupa pada 'good side' dalam cerita tuh,kan? perasan tak...?

bila tengok balik,apa kebaikan mat jenin? banyak yang daie boleh belajar dari alkisah mat jenin:
1)dia seorang yg bercita2 tinggi - Mat  jenin mempunyai cita2 yang besar. berapa ramai yang mempunyai cita2 tinggi,tapi 'dikuburkan' dengan gelak tawa dari orang lain yang tidak membina.
 
    tahukah kita bahawa albert einstein tidak boleh bercakap seperti kanak-kanak yang lain sehingga berumur 5 tahun? siapa menyangka yang akhirnya beliau boleh menghasilkan teori e=mc2?
    tahukah anda telefon bimbit canggih pada masa sekarang adalah hasil angan-angan berpuluh tahun yang lepas?
    tahukah anda kapal terbang yang canggih dan hebat adalah hasil angan-angan 'mat jenin' seperti keluarga wright bersaudara ?
    berangan-anganlah...
    untuk menjadi tentera pembebas al-quds
    untuk menjadi 'public figure' dalam masyarakat
    ...................................(sila isi tempat kosong)

2)dia seorang yang berkerja-bukan sekadar berfikir,mat jenin melaksanakan apa yang dia fikir. daie yang hanya tahu berfikir tanpa menterjemahkan dalam bentuk perbuatan tidak akan membawa apa-apa hasil. otak penat,kerja tak buat. iringi setiap idea dengan cara menterjemah dalam bahasa kehidupan.
 
3)dia membayangkan setiap langkah yang menuju kepada kejayaan dia-dalam erti kata lain,matlamat yang jelas,gerak kerja yang jelas. dan kita? kita harus lebih berhati-hati dalam menentukan langkah kita.merancang gerak kerja yang lebih tersusun,satu demi satu langkah. agar setiap matlamat dicapai dengan berstrategi,bukan sekadar kebetulan.

moga kita belajar dan cuba aplikasikan dalam kehidupan yang pendek ini. melihat sesuatu perkara seperti orang biasa tidak akan menambahkan apa-apa. wallahu a'lam.