Pages

Saturday, June 4, 2011

Bila bercakap tentang Bait Muslim..

bismillah.

akhir-akhir ini makin kerap perbualan tentang kahwin a.k.a bait muslim diperbincangkan di sekeliling penulis. Dan makin ramai dengarnya yang ingin melangkah ke alam yang penuh berliku itu. Bagus,penulis sangat menyokong mereka yang mempunyai niat yang baik dan teguh hati untuk melaksanakannnya biarpun di dalam usia muda.

 namun,kadangkala penulis merasakan isu kahwin ini menjadi satu topik yang sangat besar dan sangat hangat diperkatakan lebih-lebih lagi oleh mereka yang telah melepasi tahap persekolahan. ya lah,golongan-golongan disekeliling penulis ini semuanya lepasan pelajar sekolah. malahan,ramai lagi yang masih baru melangkah ke alam universiti termasuk penulis.

 tidaklah penulis merasakan isu perkahwinan itu satu topik yang tidak relevan untuk diperbincangkan. tidak sama sekali. malahan kita juga perlu mempersiapkan diri bila-bila jika sudah sampai serunya.

 yang sedihnya,apabila ramai orang bercakap tentang bait muslim ini tapi tidak melihat kepada perkara yang lebih besar dari itu. malahan sebahagian menganggap B.M itu sekadar bermain-main. ramai yang terlalu sibuk memikirkan tentang bagaimana rupa pasangan yang diinginkan,keadaan kewangannya,sifat dan sikap yang diimpikan dan lain-lain. akan tetapi sangat sedikit sekali diselitkan,sebelum memikirkan tentang seseorang yang belum pasti wujud untuk diri itu,lebih utamanya bagaimana cara kita mempersiapkan diri kita. bagaimana tentang fard muslim kita? bagaimana tentang 10 muwasafat kita,bagaimana tentang iman dan taqwa kita,bagaimana tentang  skil-skil yang perlu dikuasai sebelum menjejak kaki ke alam itu? dan yang paling penting adakah kita sudah tergolong sebagai perempuan yang Allah namakan di dalam al-quran sebagai perempuan yang baik-baik? agar kita juga dapat orang yang baik-baik,yang sekufu dengan kita.

mari pandang jauh lagi ke depan, bagaimana pula nasib anak-anak apabila dilahirkan pula. adakah akan dididik dengan ilmu agama secukupnya,atau cukup sekadar disekolah,atau bagaimanakah yang diimpikan terhadap zuriat tersebut? nak seperti Amalina yang 17A1? atau seperti nik nur madihah 20A? ataukah zuriat itu yang akan jadi mujaddid umat,ataukah dia akan menjadi seperti kita? mampukah mendidik anak sehingga lebih baik dari kita atau biasa-biasa sahaja. yang penting,adakah apabila kita mati nanti,zuriat itulah yang akan memandikan,mengkafankan dan menyembahyangkan kita? yang akan mendoakan selepas kita mati?

 terlalu banyak perkara yang perlu jauh dipandang kedepan berbanding dengan meilhat sekadar didepan mata.

wallahu a'lam. penulis sekadar berbicara. moga ada sedikit manfaatnya buat kita,hamba NYA