Pages

Sunday, September 11, 2011

kedewasaan harus bertambah

bismillah.

lama sudah rasanya saya tidak buat post baru. sibuk barangkali? tidak,kegagalan saya untuk mengurus masa itu merupakan punca utama. betullah kata orang. masa yang panjang itu kena beringat,sebelum tiba waktu sempit yang semput. juga kegagalan kedua berpunca daripada diri sendiri yang meletakkan 'qualification' yang tinggi sebelum menulis. ah,saya tersedak sendiri.

meneliti semula masa-masa yang berlalu dalam hidup ini mengajar saya erti bijak menggunakan masa 'semula'. saya pernah belajar menguruskan masa sebelum ini,lama dahulu. zaman-zaman kaki tak cukup tanah nak pijak,kata hlovate. belajar je,berjaya belum tentu. namun,praktikalnya sudah saya lupakan barangkali. mungkin juga saya telah membalas dendam atas masa-masa yang dulunya sedikit untuk saya peruntukkan buat diri sendiri.  ataupun sebenarnya saya je syok sendiri.


bagi saya hidup yang sibuk itu nikmat. buat kerja sambil muka berkerut-kerut itu nikmat. kerana masa kosong itu jauh lebih bahaya dari masa yang pack.ramai yang saya rasa bersetuju.

benarlah sabda nabi, yang sekarang ini 'menampar' pipi saya:

'dua nikmat yang sering manusia lupakan,waktu lapang dan waktu sihat'

sebelum ini saya diuji dengan sakit yang kerap,ujian juga. namun saya redha,pasti banyak hikmahnya di situ. di situ sebenarnya telah banyak yang saya 'korban'kan. sekarang ini saya diberi nikmat dengan waktu yang sempit pula. bukan apa,saya sendiri gagal mengoptimumkan masa. sekarang bila semua hak harus ditunaikan,batang hidung sendirilah yang saya cucuk. kepala sendirilah yang saya tujah. heh,saya senyum sendiri.

bila masa berlalu,kedewasaan tak semestinya bertambah. ada juga orang yang umurnya meningkat kepada dua angka,bermula dengan angka dua, masih berperangai seperti budak darjah tiga. apa sebenarnya yang mematangkan kita? pada saya yang mematangkan kita adalah ujian dan kesusahan itu sendiri. dengan mendapat suatu tekanan,kita belajar menghadapi dan meneyelesaikannya. jadi tidak boleh tidak,kalau mahu menjadi dewasa,belajar hadapi tekanan dan selesaikannya sebaik mungkin.barulah jadi dewasa,kata saya.


kedewasaan harus bertambah seiring dengan tanggungjawab yang semakin memberat.
moga Allah bantu.