Pages

Monday, December 10, 2012

Mesir di dalam pemerhatianku.

Bismillah.

  Sudah lama rasanya saya tidak menjalankan terapi jiwa (baca=menulis) di blog ini. Sungguh, saya merasakan menulis sebagai terapi jiwa. Saya dahulu berjiwa seni. Ya, dahulu. Pernah dahulu bercita-cita mahu menjadi penulis. Entah kenapa harapan itu terkebur begitu sahaja. Tapi tak mengapa,jalan masih panjang. Kita tak tahu apa yang bakal menanti dihadapan. :)

 Baik,saya kembali ke tajuk yang asal. Mesir dalam pemerhatian saya.

 Pertamanya,saya bukanlah orang paling memahami keadaan setempat di mesir walaupun saya sudah belajar di mesir selama 2 tahun lebih. Trust me, waktu itu sangat singkat untuk memahami keadaan setempat sesuatu keadaan. memikir dan mengkaji punca berlaku sesuatu peristiwa dll. Saya juga bukanlah seorang yang gemar berbual dengan rakyat mesir sendiri. Cuma pemerhatian yang saya dapat melalui perbincangan dengan guru bahasa arab,bertanyakan rakyat setempat dan memerhati perilaku rakyat mesir sendiri.

 Mesir adalah sebuah negara yang unik kerana ianya warisan daripada antara tamadun awal dunia. Ia juga merupakan sebuah negara yang Allah sebut di dalam al-quran. Ia juga merupakan sebuah negara yang nabi pernah mengiktiraf sebagai sebaik-baik tentera. Banyakkan kelebihan mesir dari segi dalil-dalilnya?

 Secara ketamadunan,mesir dahulu merupakan sebuah negara yang subur tanahnya. Hampir semua tanaman menjadi jika ditanam  di sini. Mesir dari dahulu sehingga sekarang sangat terkenal dengan universiti tertua dunia iaitu al-azhar. Dikatakan al-azhar merupakan tempat asal ilmu-ilmu agama. Imam syafie juga pernah menetap di mesir dan kemudian mengeluarkan pandangan-pandangan baru yang digelar 'qaul jadiid' (pendapat-pendapat baru). Tidaklah keterlaluan jika dikatakan Mesir merupakan 'abang sulung' kepada negara-negara arab di timur tengah ini. Ini kerana mesir merupakan sebuah negara yang kuat dan paling luas tanahnya jika dibandingkan dengan negara-negara arab yang lain. Dilengkapi dengan kemudahan air yang tersendiri iaitu sungai nil dan juga memiliki terusan suez yang menjadi rebutan pelbagai pihak suatu masa dahulu.

 Apa yang istimewanya mesir kepada saya?
 Jika anda baru sahaja datang ke mesir,tanpa apa-apa persediaan mental dengan mengkaji senjarah mesir, yang akan terlintas di fikiran anda hanyalah perkara-perkara negatif. Percayalah. Mesir pernah dijajah beberapa lama oleh perancis. Kemudian mesir telah diperintah oleh golongan-golongan diktator beberapa dekad lamanya. Kesan yang lahir akibat penjajahan itu terlalu banyak. Terlalu banyak. Hampir setiap sudut negara ini nampak kesan penjajahan perancis dan juga diktator.

 Mesir sangat mencintai negaranya. Sungguh. Mereka juga sangat mencintai bangsa mereka. Mereka sangat mengagungkan bangsa mereka. Mereka mempunyai sifat ramah,tolong-menolong, belas kasihan dan penuh kasih sayang yang boleh dilihat jika anda benar-benar memerhatikan. Bangsa yang pada saya sangat mempunyai sifat kemanusiaan. Jarang saya naik bas tak dapat tempat duduk. Saya juga tidak mempunyai masalah jika sesat kerana akan ada sahaja orang yang akan bersungguh-sungguh menunjukkan saya jalan pulang. Mereka tidak mempunyai sifat pentingkan diri yang tinggi. Mereka juga sangat mengalu-alukan kedatangan orang asing. Di sini, orang malaysia digelar sebagai 'sebaik-baik manusia'.

 Namun,mereka juga kurang kesedaran dalam membangunkan negara sendiri serta kurang priduktif kerja. Ini kita dapat lihat di mana-mana. Di sini setahu saya tiada kempen 'cintakan negara' dengan menjaga kebersihan dan menjaga kemudahan awam. Tiada. Sebab itu kita boleh lihat sampah dibuang di merata-rata tempat dan hampir setiap tempat adalah tempat membuang sampah. Mereka juga tiada kempen 'jaga kebersihan' seperti di negara Malaysia. Tiada. Biasa sahaja pemandangan meletakkan roti di atas jalan yang berpasir kemudian menjualnya begitu sahaja. Biasa. Yang lain saya tidak mahu ceritakan dengan lebih terperinci. (senyum)

 Kerana kesan diktator juga menggalakkan mereka menjadi rakyat 'pak turut' dan kurang membaca. Dikatakan kepada saya bahawa kadar buta huruf di sini hampir 40 peratus. Satu kadar yang sangat tinggi. Tidak hairanlah rakyat tidak pandai menilai mana baik dan mana buruk. Mereka kebanyakannya hanya menerima maklumat berdasarkan cerita-cerita,ataupun boleh juga diumpamakan sebagai cakap-cakap kosong. Mereka tidak dilatih dengan berfikiran secera kritis. Mereka banyak menerima berita bulat-bulat dari media yang rosak pemikirannya daripada mengkaji sesuatu keadaan itu. Apa yang nak dihairankan. Ramai juga diantara rakyat mereka yang tidak bersekolah sejak kecil.

 Namun mesir tetap istimewa di mata saya. Mengapa?

Kerana di sini telah lahirnya generasi pejuang. Pejuang-pejuang agama telah ramai yang syahid di sini. Seorang tokoh mujaddid umat ini iaitu imam Hasan al-banna juga telah syahid di sini. Di sini merupakan tempat bermulanya dakwah ikhwan muslimin. Tempat yang menjadi saksi bangkitnya satu golongan dari umat yang berjanji setia untuk mengangkat maruah umat yang sudah tercalar. Biarpun dakwah mereka masih asing di sini, saya dapat lihat dengan jelas semnagat yang mereka tonjolkan acapkali berhadapan situasi genting. Mereka bukan golongan yang maksum,benar. Tetapi mereka telah buktikan bahawa untuk memartabatkan kembali islam di seantero dunia,beginilah yang harus digadaikan. Inilah harga yang harus dibayar. Nyawa dan darah.

 Ya,kerana di sini saya melihat sendiri bagaimana fahaman yang dibawa oleh seorang pemuda akhirnya tersebar luas ke serata dunia. Saya dapat membaca bacaan mereka. Dapat merasai haruman fikrah mereka. Dan melangkah ditempat-tempat yang syuhada; itu pernah melaluinya. Dan ia sangat manis buat saya.
 Sejarah mesir sehingga sekarang memperlihatkan saya sebuah perjalanan bagaimana terlaksananya sebuah maratib amal itu. Pun belum terbina sepenuh sebuah daulah islam. Dari sini saya dapat cuba belajar politik dari sudut negara lain. Jalan kita di malaysia pastinya berbeza,tapi langkah itu sama.

 Kita akan tegakkan islam di negara kita. Sebelum kita sebarkan pula fikrah kita ke serata dunia. Sehingga terlaksananya sebuah cita-cita- 'hidup mulia atau mati syahid'

 Terima kasih rakyat mesir yang telah mengajar kami pelbagai benda. :)

  (Saya merancang untuk menulis lagi. Mungkin akan datang mengenai revolusi mesir? doakan saya)