Pernah tak rasa 'annoying' dengan orang?
rasa karakter seseorang tuh tak masuk dengan kita?
pernah tak rasa macam banyak sangat kekurangan org lain sampai rasa macam diri lebih bagus dari dia?
dan...pernah tak rasa bersalah bila rasa macam tuh?
hehe. sebagai seorang manusia biasa,kita tak mudah lari dari perasaan macam tuh. selesa dengan sesetengah orang dan rasa sedikit kurang selesa dengan sesetengah yang lain. penulis juga kadang-kadang selalu diuji dengan perasaan macam tuh. tapi pernah tak kita nampak hikmah disebalik ciptaan Allah yang pelbagai dan sangat warna-warni ni? mungkin kita selalu kata :
'ish...tak boleh la nak masuk dengan orang macam dia nih...xde chemistry..'
atau mungkin macam nih :
'aku tak boleh duduk dengan orang macam nih...tertekan hidup nanti'
'kenapa dia buat macam tuh? ish...annoying sungguh..'
'mungkin...Allah tak ciptakan aku untuk duduk dengan dia..'
Dalam fasa-fasa hidup kita,kita bertemu dengan ramai manusia. Allah mempertemukan dengan orang-oarang yang sangat menarik untuk didekati. seorang yang hebat,berhikmah,mujahadah,disenangi,penyayang dll. tak kurang juga Allah mempertemukan kita dengan orang yang 'kurang skill' dalam berinteraksi dengan manusia. penulis katakan kurang skill kerana kita memang perlu sentiasa belajar,dan kita tak pernah perfect.
Dan lebih menarik kalo Allah pertemukan kita dengan orang yang
kalau baik,terlalu baik...kalau jahat terlalu jahat seolah-olah xde kebaikannya di situ..
pernah?
apa perasaan jumpa manusia-manusia macam tuh? menarik tak? ke...rasa macam...
tak pernah?
doalah moga Allah pertemukan...banyak impak positif dan negatif di situ..
tapi rasanya semua pernah berjumpa dengan orang-orang macam tuh..cuma kadang-kadang kita tak ambil pusing sangat dengan orang macam tuh..
Tahukah anda...bahawa Allah mempertemukan kita dengan pelbagai karakter manusia agar kita mengajar dan belajar?
mengajar?
ye..penulis katakan mengajar..
dengan menjadi kawan kepada orang yang 'kurang skill' dalam berhadapan dengan manusia,kita menjadi cerminnya. membantunya membaiki dia. mengajarnya apa yang kurang. sebab...sungguh Maha Suci Allah yang tidak menciptakan semua manusia sama sahaja. malah,kalau diteliti,setiap orang mempunyai kisah tersendiri,boleh mencipta novel sendiri. unik. dan berwarna-warni.
kadang-kadang bila kita melihat orang yang 'kaku' 'tak reti cakap sangat',
sering kita merasa kasihan terhadap orang yang macam nih.dan mungkin kita pun menjauhkan diri dari dia....
pernah tak kita terfikir kisah hidup dia yang mungkin menyebabkan dia jadi macam tuh? contohnya kurang kasih-sayang dari keluarga,tak pernah ada orang mengajar 'human sense' pada dia,Allah mencipta mereka kurang pandai nak menunjukkan ekspresi,mungkin trauma di masa lampau,atau dia memang susah nak belajar benda-benda begitu
Indah sungguh kalau Allah menghantar kita yang dah belajar sikap perikemanusiaan yang lebih ini serta cara-cara mengekspresikan perasaan dengan baik dan berkesan ke dalam hidup dia,lalu membantu dia berubah. sama macam kita mencari orang-orang yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam saf-saf dan dilatih menjadi jundullah..ada beza ke? mungkin dari gaya bahasanya,tapi sama dalam gerak kerja. sungguh indah.
tahukah anda..? (
dan berjumpa dengan orang yang mempunyai kisah hidup yang pelik dari biasa mengajar kita lebih empati dan simpati. full stop.
Penulis rasa sangat bertuah sebab Allah meletakkan penulis dalam sekolah berasrama penuh. yang di dalamnya pelbagai jenis ragam manusia. Dan di sana Allah mengajar penulis bagaimana untuk berinteraksi dengan lebih baik sesama manusia. Bukan mudah,lebih-lebih lagi untuk berinteraksi sesama manusia. sangat banyak skill yang perlu dikuasai. Dan Allah letakkan penulis dengan sahabat-sahabat yang sangat banyak mengajar.mereka juga belajar. dari seorang yang tak reti nak luahkan perasaan,penulis menjadi seorang yang mampu untuk mendengar luahan hati orang lain. dari seorang yang blur,penulis berubah menjadi seorang yang lebih berwarna-warni. Alhamdulillah..
dalam setiap karakter,Allah mengizinkan kita untuk belajar dan mengajar.
Allah menciptakan adanya ruang antara jari-jari kita agar jari-jari lain mengisi ruang kosong antara jari-jari itu.
pernah dengar?
Agar kita saling melengkapi kekurangan sesama kita.
Agar kita sedar Allah itu Maha Sempurna,tiada sehebat Dia.
Agar kita sedar martabat sebagai seorang hamba yang hina dan kerdil di sisiNYA,tak layak mendabik dada.
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
wallahu a'lam.
3 comments:
betul kata-katamu ini wahai sahabatku....orang yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka lebih baik dari manusia yang langsung tidak bergaul dengan manusia...tp dalam kite bergaul dengan manusia harus diberi masa untuk bersama tuhan kita juga....(^_^)-najwa nagmudin-
yup,kenali diri,kenal pencipta..
syukran najwa~
kenal, rapat, sabar = ukhuwah manissss !
Post a Comment