Pages

Sunday, February 19, 2017

SEPERTI DULU.

Nescafe dituang satu setengah sudu,gula satu  sudu diikuti air panas setengah cawan sebelum ditambah dengan setengah cawan air kosong. Susu pekat dituang ke dalam cawan, dikacau beberapa kali sebelum dibawa ke ruang tamu.Hani melabuhkan punggungnya di atas sofa dan meletakkan cawan tadi diatas meja berhadapan dengannya.iPad di tepinya ditarik diletakkan di sebelah cawannya.
   Facebook akaunnya dibuka. Setiap berita status,gambar dan event yang terpamer dilihat sebelah mata. Dia mencari cari satu nama,mencari cari kalau ada berita terbaru tentang seseorang. Bila tidak menjumpai apa-apa berita,dia terus membuka wall Adila. Status terakhir yang ditulis oleh Adila adalah:
   “We’re going to get married”
  Dan status itu mendapat beratus like. Dia menarik nafas panjang. Dia mencari cari lagi berita lama dari Adila,dan yang terpamer adalah gambar-gambar Adila bersama-sama dengan kawan-kawan satu university dengannya,gambar Adila bersama dengan teman lelakinya yang berbangsa amerika.
   Dari facebook dia mendapat tahu setiap perkembangan Adila. Walaupun bukan semua,tapi sekurang-kurangnya dia melihat perkembangan-perkembangan itu. Adakala dia juga member komen pada beberapa status dan gambar Adila,Adila pasti akan like setiap komennya. Sekadar itu.
   Jauh dalam hati dia,dia sangat rindukan sahabatnya itu yang sudahpun empat tahun belajar di Amerika. Sejak empat tahun pemergiannya,Adila tidak lagi pernah pulang ke tanah air. Dan dari facebook juga Adila berkata yang dia akan berkahwin dengan teman lelakinya dan tinggal di sana.
   Dua tahun lepas,dia ada memberitahu Adila melalui facebook yang ibunya jatuh sakit sehingga koma dan dikejarkan ke hospital. Adila hanya berpesan kepadanya untuk tengok-tengokkan ibubapanya. Dan bila dia bertanya bila Adila akan pulang ke Malaysia,Adila tidak membalas. Bila diminta nombor whatsapp juga Adila tidak membalas.Persahabatan mereka seolah-olah tergantung begitu sahaja. Hanya ditahun pertama Adila di sana,Adila pernah mengirimkan poskad kepadanya. Itulah kali pertama dan kali terakhir yang dia terima dari Adila.
Satu keluhan dilepaskan lagi. Air Nescafe diteguk beberapa kali.
***
  “Hani izzah binti Hashim!”
Hani menoleh bila terdengar seseorang melaungkan namanya.Seorang pengawas berbaju hijau mendekat kepadanya.Dia sudah menarik muka dan buat tak endah.
  “Kenapa lambat pagi ni?” pengawas tadi mulai mencatit namanya di dalam satu buku 555. Dia hanya balas dengan angkat bahu sekali.
  “Perhimpunan dah mula”
  “Tahu”
  “Berapa kali dah lambat ni?” suara pengawas tadi mulai berlembut.
  “entah”
  “Masuk hari ni dah empat kali dalam seminggu”
  “Ok”
  “Terus pergi ke perhimpunan, jangan lambat lagi, ok?” satu senyuman dihadiahkan oleh pengawas tadi kepadanya.
  “ok” Dia pantas berlalu pergi. Pengawas tadi hanya melihat langkahnya dari belakang sambil menggeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum-senyum.
***
  Hani meletakkan kepala diatas meja sambil beralaskan kedua tangannya.
“Hoi!” hampir Hani terjatuh dari kerusinya apabila disergah begitu.Adila sudah ketawa terkekeh kekeh sambil melabuhkan punggung disebelah Hani.
  “Apa hoi-hoi,tak reti bagi salam ke?” Hani kembali meletakkan kepalanya di atas meja.
  “Kalau bagi salam,takkanlah nak bagi salam kuat-kuat sebelah telinga hang,memang hang tak terkejut la”Adila menghabiskan baki ketawanya. Apabila tiada sebarang reaksi dari Hani, Adila menyiku Hani beberapa kali.
  “Ish,kau ni dah kenapa?”Hani memandang Adila.
“Tidur pukul berapa malam tadi?”soalan Adila, Hani jawab dengan tarikan nafas. Hani ketawa lagi sambil menggeleng-geleng kepalanya.
  “Minggu ni je dah empat kali aku tangkap hang lewat sampai sekolah. Kenapa, hang buat apa malam tadi? Facebook?Main game? Hang duk chatting dengan siapa pula?” soalan Adila kali ni Hani jawab dengan senyuman.
  “Aku main game malam tadi,dah sampai level tinggi dah” wajah Hani bercahaya menuturkan. Adila buat muka bosan.
 “Masih demam games tak habis-habis?”
 “Ala,sekali-sekala je pun”Hani dah menarik muka masam.
 “eh,cek mek” Adila memegang kedua-dua pipi Hani menghadap mukanya. “Semalam hang main command and conquer,kelmarin hang main Final fantasy,kelmarin punya kelmarin hang chatting dengan orang luar Negara mana entah. Hang belajarnya bila kalau macam tu?” Hani dah buat mulut ikan buka-tutup-buka-tutup depan Adila. Adila melepaskan muka hani sambil tertawa kecil.
“Esok jangan lambat lagi tau. Nasib baik aku yang jaga pagar minggu ni. Kalau orang lain,aku tak tahu la hang kena apa”
  “ye,baik,cik pengawas. Apa la nasib aku kawan dengan pengawas,duduk sebelah pengawas,belajar sebelah pengawas” Hani dah buat muka pasrah. Adila terus back-hand Hani.
  “Hoi,sakit laa!!”
****
  Hani tersengih-sengih membayangkan kenangan perkenalan dia dengan Adila. Adila merupakan pelajar harapan sekolah,manakala dia yang baru berpindah ke sekolah barunya itu memang sering melanggar peraturan sekolah.Dia sendiri tak pasti bagaimana dia boleh rapat dengan Adila yang baik dan skema itu.Dia sendiri berpindah dari sekolah berasrama penuh ke sekolah harian biasa agar ibubapanya mudah memerhatikan gerak-gerinya.
  Adila seorang yang baik,skema,tapi tak garang. Adila juga seorang yang bijak,dia sering menjadikan Adila sebagai tempat bertanya jika dia tidak faham,dan Adila tidak lokek mengajarnya setiap kali. Malah dia kadangkala datang ke rumah Adila untuk belajar subjek matematik tambahan yang sememangnya sukar baginya.Dari situ dia berkenalan dengan Adila dan keluarganya.
  Hani seorang yang degil dan keras kepala,namun Adila tidak pernah sekalipun meninggikan suara kepadanya. Adila akan menasihatinya sambil tersenyum dan kadangkala memerlinya bila dia dilihat endah tak endah dengan nasihat Adila. Dia senang dengan perwatakan Adila.
  Tapi,ada sekali,Adila meninggikan suara padanya. Itupun setelah Adila cuba bercakap dengannya tapi dia mengelakkan diri daripada Adila. Biarpun dia berkecil hati dengan Adila,tapi dia bersyukur Adila memarahinya membuatkan dia sedar.
***
  “Hani,hang dengar tak apa aku cakap ni?” Suara Adila dah mengeras dan meninggi.Adila masih meletakkan kepala di atas meja sambil beralaskan tangan.Dia terkejut bila Adila berani menarik tangannya dan memaksanya memandang Adila.Dia memandang Adila dengan mata yang mencerun dan berwajah masam.
  “Aku tak suka hang kawan dengan geng si Rina tu!”Kali ini lebih tinggi nada suara Adila,mujurlah pada ketika itu adalah waktu rehat dan tiada sesiapa di dalam kelas pada waktu itu.
  “Ok.Hang tak suka aku kawan dengan geng Rina,tapi aku suka, jadi hang nak buat apa?” dia memandang muka Adila sambil menunjukkan wajah mencabar. Adila mendengus sambil memalingkan muka.
  “Bila hang baik dengan rina,hang dah lupa aku. Hang dah tak layan aku,hang tak datang lagi rumah aku belajar dengan aku. Hang duduk dengan depa, hang duk melepak ke sana ke mari dengan depa. Aku dah tak kenal hang dah. Kerja sekolah hang banyak tak siap,hang sekarang kerap ponteng sekolah,bila aku tegur hang cakap aku busy body. Hang tahu tak aku sayangkan hang? Hang aku dah anggap macam kawan baik aku,aku tak nak kawan baik aku hanyut!” suara Adila dah serak-serak menahan tangis. Hani serba salah.Dia sendiri tak reti bagaimana dia harus buat.
   “Hang tahu tak,aku sebenarnya rasa rendah diri sangat dengan hang. Hang pandai,baik, hang hebat,semua orang puji hang. Semua orang nak kawan dengan hang. Aku? Aku ni pelajar biasa. Tahun ni sejak hang jadi penolong ketua pengawas,lagi la hang jadi perhatian orang. Dan hang tahu tak berapa ramai yang Tanya aku macam mana hang boleh kawan dengan orang macam aku? Aku tak hebat macam hang,bukan pengawas macam hang,tapi hang kawan dengan aku. Aku patah hati setiap kali orang kata macam tu. Dulu sebenarnya aku buat tak tahu,tapi makin lama aku sendiri yang panas. Aku tak suka.Sebab tu aku cari orang biasa-biasa macam aku je untuk aku kawan. Sekurang-kurangnya tak ada siapa nak bandingkan aku dengan siapa-siapa” Hani terus menarik kerusi,mengambil beg dan meninggalkan Adila.
   Petang itu,selepas pulang ke rumah dari melepak dengan Rina dan kawan-kawan lain,ibunya memberitahu Adila ada datang ke rumah sambil memberikan sebuah buku kepadanya. Dia mengambil buku itu.Buku latihan matematik tambahan.Dibawanya buku itu ke bilik.Sebuah mesej masuk. Dari Adila.
  -Aku rindukan hang. Aku minta maaf-
  Selepas membaca mesej itu,dia menutup tanpa membalas mesej itu. Dia menyelak buku latihan matematik tambahan yang diberikan Adila. Tiba-tiba jatuh sebuah sampul surat. Dia mengambil dan membukanya.

Untuk sahabatku Hani Izzah,
Selalu ku mengharapkan
Kau akan segera pulang
Kau balik seperti dulu
Menghapuskan bosan
Yang sering menghantuiku

Semenjak kau datang
Di hatiku kawan
Semua rasa sunyiku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Mencari sahabat semudah kata

Kudambakan kita
Balik seperti dulu
Kerna diriku tak pernah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Benar ku tahu kau tak pernah jauh
masih di situ

Di hari yang datang
pasti tak kan ku ulang
Lukai hatimu lagi
Aku pun bukanlah
Seorang yang mudah
Menggantikan kawan sekelip mata

Aku inginkan kita
balik seperti dulu
Kerna diriku tak mudah rasa jemu
Biar hati bimbang
Aku terus menunggu
Dan aku tahu kau tak pernah jauh
Masih di situ

Aku tau je lirik ni jiwang. Tapi aku tukar pada kawan. Pada aku,buah hati mana-mana boleh cari,tapi sahabat sejati,mungkin seumur hidup sekali.

orang kata hang bodoh,
aku kata hang genius.
orang kata hang nakal
aku kata hang kreatif.
orang kata hang biasa-biasa,
aku kata hang luar biasa.
orang kata hang garang,
aku kata hati hang lembut,
orang kata hang gangster,
aku kata hang dalam hati ada taman,
orang kata hang selekeh,
aku kata hang einstein,
orang kata hang jahat,
aku kata hang belum jumpa jalan.

aku minta maaf,hani. Aku tak tahu apa orang kata. Aku ingat hang ok.
aku tunggu hang balik seperti dulu.

  Hani tutup surat tu dengan air mata berlinangan. Aku minta maaf kalau aku pentingkan diri. Salah aku sebab aku tak pernah cakap dekat hang apa aku rasa.
***
  “Maaf,lepas ni,aku tak nak melepak lagi dengan korang” Hani memandang rina, ifa,dina dan ila.
  “Kau kenapa,beb? Kami ada buat salah ke?”Rina buat muka tak puas hati.
Hani menggeleng.“Tak. Aku cuma rasa aku tak sesuai duduk dengan geng ni. Tu je”
  “Kau nak duduk dengan penolong ketua pengawas tu lagi?” ifa mencelah.
  “Aku Cuma tak mahu kecewakan harapan orang sekeliling aku.Ak tak nak mak ayah aku kecewa. SPM dah makin dekat. Kalau aku duduk dengan geng ni,aku tak rasa aku boleh kejar cita-cita aku” Hani berpaling dan mula melangkah pergi. Tangannya tiba-tiba dipegang seseorang.Dan sedar-sedar dia sudah jatuh menyembah bumi.

***
  “Hang betul,Dila, aku tak patut kawan dengan geng Rina”
  “Shh—banyak cakap pula. Aku tonyoh muka hang dengan ais ni baru tahu” Adila meletakkan kain berisi ais ke tempat- tempat lebam dimuka Hani.Sesekali Hani mengerang kesakitan.
Puan Aminah masuk kebilik Hani sambil membawa sebotol minyak gamat.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat lebam-lebam diwajah dan badan anaknya.
  “Adila,nasihatkan lah anak makcik ni. SPM dah dekat,dia pergi bergaduh pula dengan kawan sampai lebam-lebam satu badan. Dulu nakalnya makcik boleh marah,cubit,dah besar-besar ni makcik dah tak larat nak cubit-cubit lagi. Dah besar panjang dah” Puan Aminah melepaskan keluhan.Hani buat muka tak beriak.
  “Dia bukan bergaduh sebenarnya makcik,dia dipukul. Budak-budak yang pukul dia ni dengar katanya akan digantung sekolah. Tak tahulah kenapa mereka buas sangat sampai macam tu sekali. Tak padan dengan perempuan”
  “Anak makcik ni pun apa kurangnya,Adila” Hani dah tarik muka masam mencuka. Merajuk mendengar kata-kata ibunya.
  “Sepanjang saya kenal dengan Hani ni makcik,budaknya baik. Kadang-kadang nakal,tapi dia ni hatinya baik. Rajin bantu orang,rajin usaha dan mahu belajar dari kesilapan. Cuma dalam beberapa bulan ni dia tersalah pilih kawan,itu yang begini jadinya” Adila cuba menjelaskan keadaan kepada Puan Aminah.
“Makcik harap kamu dapatlah nasihatkan Hani ni supaya fokus pada pelajaran” sejurus kemudian Puan Aminah meninggalkan mereka berdua.Adila menyiku Hani.
  “Aduh,sakitlah! Ish hang ni nak bunuh aku ke?”Adila ketawa terkekeh-kekeh mendengar jawapan.
  “Hang cakap apa dekat depa sampai hang kena belasah macam ni?”Adila pandang Hani penuh minat.Hani buat muka tak beriak.
  “Ada la. Rahsia” sejurus itu,back-hand Adila mengetuk dahinya.
  “Oi,hang memang nak bunuh aku!”
***
  Langkah kaki dihayun perlahan keluar menuju ke tempat sewa kereta sambil membawa troli berisi penuh dengan beg-beg besar. Sampai sahaja dia dihadapan kaunter, dia disambut dengan senyuman seorang gadis yang berusia akhir dua puluhan. Dia membalas senyuman manis gadis itu dan membuka cermin mata hitamnya.
  “Ye,cik puan,boleh saya bantu?”
  “Saya perlukan teksi ke shah alam”
  “Seksyen berapa tu?”
  “Seksyen 9—“
  “Apa kata saya tumpangkan cik puan balik?” satu suara tiba-tiba menyapanya dari belakang. Pantas dia menoleh. Berdebar jantungnya melihat raut wajah yang muncul didepan matanya.
“Hani?” dan trolinya sudah ditarik pergi.Dia sendiri lambat-lambat mengikut langkah Hani.
***
  Suasana senyap menyelubungi kereta Persona berwarna biru muda itu. Entah kenapa,Adila hanya mengikut langkah kaki Hani sehinggalah dia masuk ke dalam kereta Hani. Sepatah pun dia tidak berani bertanya kepada Hani.
Hani membuka radio bagi mengisi kesunyian. CD maher zain kesukaannya dipasang,sambil mendengar,dia turut menyanyikan lagu-lagu itu. Sesekali dia menoleh kepada Adila disebelahnya. Adila memakai tudung bawal,berbaju lengan panjang dan berseluar jeans. Biarpun sedikit berubah daripada mula-mula dia berangkat ke Amerika dahulu,namun dia lega melihat penampilan Adila.
  “Macam mana awak tahu?” suara Adila memecah kesunyian,dengan mata masih memandang ke tingkap disebelah kirinya.
  “huh?”
  “Macam mana awak tahu hari ni?”
  “Dari facebook awak”
  “Tapi saya tak cakap bila saya bertolak dan bila saya sampai?”
  “Oh,saya tengok facebook kawan awak. Ada kawan awak tag awak. Dari situ saya tahu”
  “Macam mana awak tahu saya sampai hari ni,pagi ni?”
  “Ada lah.Rahsia” Hani tergelak kecil. Dari side mirror dia melihat senyuman Adila disebelah sana. Hatinya lega.
***
“Bagi air limau ais satu” Hani menjeling Adila dihadapannya yang masih memerhatikan kawasan sekeliling.Nampak jelas diwajah Adila kerinduannya pada tempat melepak mereka itu.Waitress berada di sebelahnya masih menanti-nanti pesanan seterusnya.
  “Oit,nak makan apa-apa tak?” tersentak Adila di sergah begitu. Dia tersipu-sipu.
“ Kuew teow kungfu satu dengan air bandung” waitress tadi mengangguk-angguk sebelum berlalu pergi.
  “Makanan kegemaran awak masih sama” senyuman kecil dihadiahkan. Adila mengangguk-angguk.
  “Awak tahu yang—“
 “Awak tak jadi kahwin dengan teman lelaki awak? Saya tahu”
  “Dan—“
 “Awak dah back for good ke Malaysia? Saya tahu jugak” Hani angkat kening sebelah. Adila dah telan liur,dia sedang bercakap dengan stalker kelas pertama rupanya. Entah kenapa,tiba-tiba lagu yang di dendangkan di kedai itu bertukar ke lagu baru, Seperti dulu-Exist. Hani sedikit terkejut, Adila juga. Lagu itu lagu lama,lagu yang meletakkan sejarah dalam kisah persahabatan mereka. Lagu itu ada harapan,ada sesalan,ada azam dan masih ada kasih sayang yang tertinggal. Lagu kenangan. Masing-masing mendiamkan diri,mendengar kembali bait-bait kata lagu itu penuh makna.
  +I send this song back to you.
  -I already forgot this song.
  +Masa tu hang bagi lagu ni dekat aku.
  -Sebab masa tu hang degil. Hang tak mahu kawan dengan aku.
  + Dan sekarang aku nak panggil hang balik,jadi kawan aku, seperti dulu.
Ada sedikit sesalan bila pandangan mereka bertemu.Masing-masing tak berani bertentang mata.
  +Aku dah cuba tarik hang balik.
  - Aku tahu kali ni aku yang degil. Aku yang jahat.
  +Hang tak jahat,hang tak jumpa jalan.
  -Aku lupa diri,aku buang identity,aku ikut kata kawan,aku sendiri yang rugi. Aku patah hati.

Adila telan liur.Lagu tu dah habis.Lidah rasa kelu. Dan pada ketika itu juga kuew teow kungfu,air bandung dan air sirap limau sampai. Hani dan Adila senyum menyambut hidangan.Senyuman Adila lebih priceless. Tak susah nak terjemahkan senyuman kerinduan itu.
  “Kali ni saya belanja,lain kali awak belanja saya pulak,deal?”
  “Deal” Adila sambut dengan senyuman bahagia. Secara tak langsung dia berjanji untuk terus berhubungan dengan Hani semula, seperti dulu. Hani lega Adila menerima perjanjian tanpa surat itu.
  “Kenapa awak sanggup cari saya, bukan ke kita dah lama tak jumpa?”
  “Ye,betul kita dah lama tak jumpa. Saya tak lupa, awak sendiri pernah kata kita bukan kawan dah. Awak tolak saya ke tepi bila saya tak setuju awak nak ada teman lelaki mat saleh. Bila saya bagitahu awak pasal kesihatan mak awak yang semakin teruk,awak juga tak begitu peduli dan minta saya tolong tengokkan mak awak. Bila saya cakap dekat awak yang adik-beradik awak minta saya cakap dekat awak yang mereka mahu awak balik,awak juga tak membalas semua mesej dari saya selepas tu” Hani bercakap sepatah demi sepatah. Nadanya mendatar.Dia cakap sambil tunduk ke bawah. Bila dia angkat kepala,dialihat Adila sudah memberhentikan suapan.
Tiba-tiba dia menyesal mengungkapkan kata-kata seperti itu. Dia seolah-olah meluahkan segala apa yang dia pendam selama enam tahun. Tapi dia juga tahu, Adila baru sahaja menerima episode-episod patah hati dan kesukaran hidup akibat lupa diri dan ikut sangat kata kawan. Dia tahu dari riak wajah Adila,bahawa sahabat lamanya itu sudah tenggelam dalam lautan penyesalan. Dia pasrah kalau lepas ini,Adila angkat kaki dan bawa diri. Tinggalkan dia sekali lagi.
Dia Nampak Adila di depannya tunduk. Secara tak sedar,dia lihat ada titis-titis jernih jatuh dari balik wajah yang terlindung itu.
“Nah” tisu dihulur kepada Adila.Lambat-lambat Adila ambil dan dikesat ke muka.
“Maaf”
  Dan kesunyian mengambil alih suasana sekali lagi.
  “Jadi kenapa awak datang cari saya, kenapa awak cari saya kalau awak dah sakit hati dengan semua yang saya buat?”
  “Sebab yang pertama, nabi pernah bersabda yang maksudnya, “sekiranya seorang itu mencintai saudaranya,maka khabarkanlah kepadanya sesungguhnya dia mencintainya” kami semua masih sayangkan awak Adila. Saya sedih awak hanyut,tapi saya tak mahu awak terus hanyut. Dan bila saya tahu teman lelaki awak tinggalkan awak,saya tahu,Allah nak suruh saya tarik awak balik” Hani menyedut air sirap limau di hadapannya.
  “Sebab yang kedua, dalam surah az-zukhruf, ada Allah sebut yang yang maksudnya, “Sesungguhnya teman-teman akrab pada hari tersebut, sebahagian mereka menjadi musuh sebahagian yang lain melainkan orang-orang yang bertaqwa.Saya tak nak nanti di hari akhirat, awak datang kepada saya dalam keadaan memusuhi saya kenapa tak nasihatkan awak”
  “Sebab yang ketiga, saya berharap kita dapat jadi orang yang dapat naungan Allah di hari kiamat nanti kerana kita saling berkasih-sayang kerana Allah semata-mata sebagaimana Allah beritahu kita dalam sebuah hadith qudsi”
  “Dan yang terakhir,sebab saya mahu kita kembali seperti dulu. Aku rindu hang Adila. Aku tak sampai hati tengok hang kena tipu dengan mat saleh sana. Kan kita pernah janji, nak sama-sama masuk syurga?Aku sakit hati dengan hang,tapi aku tahu,apa yang hang dah lalui ni pun dah cukup perit. Aku tahu hang menyesal,dan aku,sebagai kawan,aku sedia sambut hang balik— bukan aku je,malah keluarga hang juga,Dila. Aku dah sampaikan pesan pada mereka aku ambil hang dekat airport harini. Semua teruja tahu kau balik. Dan aku dah ceritakan semuanya pada mereka dan aku dah bagitahu hang dah menyesal”
  Bila dia melihat Adila angkat muka,dia nampak ada senyuman di situ. Dan senyuman itu di hiasi air mata. Bila dia lihat senyuman itu,dia tahu dia telah buat perkara yang betul. Dia tahu Adila akan maafkan kekasarannya. Dia tahu Adila akan kembali semula pada kehidupannya bersama keluarganya yang baik,dan kembali menjadi sahabatnya. Dia tahu Adila takkan kembali lagi ke dunia lamanya yang menyakitkan itu. Dia tahu Adila akan kembali,menjadi Adila yang baru. Adila sekarang,Adila yag dia kenal dulu.
  “Thanks,Hani. Terima kasih sebab sudi stalk aku,sudi cari khabar pasal aku,sudi jelaskan pada keluarga aku,dan terima kasih sebab masih sudi anggap aku sebagai kawan” dia mengahadiahkan senyuman kebahagiaan dan penuh dengan penghargaan kepada Hani. Hani geleng kepala.Mukanya kembali serius.
  “Kau ingat percuma ke apa aku buat ni?” Hani menatap tepat ke mata Adila.Serba salah Adila dibuatnya.
  “Kau nak aku balas apa?”teragak-agak dia menuturkan. Ya,mana ada benda percuma di dunia.
  “Kau kan kena belanja aku makan lain kali,kau lupa?” Hani angkat kening.Adila bingkas bangun dari kerusi meluru kea rah Hani.Hani dihadiahkan dengan back-hand di kepalanya.
  “Adoi,sakitla,macam ni kau balas aku eh?” Dan Adila dah terkekeh-kekeh ketawa.Hani juga. Betul,taka da yang percuma di dunia ini. Tapi iman itu mampu membeli semuanya.Hatta cinta dan kasih sayang. Hatta emas dan segunung permata,iman itu mampu membelinya.. Menjadikan semuanya percuma,pengorbanan itu sukarela.
Dan beruntunglah mereka yang punya keimanan dan berkorban segala-galanya demi iman.




  “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang 
mukmin itu,jiwa-jiwa mereka dengan syurga”

0 comments: